Rabu, Mac 17, 2010

sarapan pagi

pagi ni aku pergi ke hospital putrajaya untuk buat pemeriksaan luka pembedahan aku.temujanji pukul 8 am,itu yang tertulis kat buku temujanji aku yang nurse tulis masa temujanji aku last week.Aku masuk kerja kat pejabat pukul 8.30 am,kire lewat dalam setengah jam dari appointment.bagi menghilangkan dilema mana nak pergi dahulu ini aku buat keputusan untuk pergi hospital dulu dari masuk 'tumb' jari kat mesin kedatangan dipejabat aku.

Badan nak pakai lama.so kena utamakan kesihatan diri terlebih dahulu.kawin pun belum lagi pasal banyak awek kat fesbuk jual mahal tak nak pilih aku,maklumlah aku ni pakai kereta buatan shah alam je.orang lain pakai kereta buatan tokyo or washington.Mana nak sama kan kan kan....

Opis aku ni pun satu,dah pandai main tukar mesin kedatangan kepada 'tumb' jari lak.macam mana le pekerja dia nak mintak kawan-kawan di pejabat tolong puch kan kedatangan kalo berada didalam situasi aku ini.Habis semua nilai kemasyarakat yang mana wujud dahulu dalam tolong menolong sesama pekerja bagi mengkaberkan kawan sendiri.lama tu nilai murni itu wujud,sejak zaman lepas merdeka lagi kalo aku tak salah.


biasalah kalo kat hospital orang sikit punyalah ramai dengan bermacam masalah mereka sendiri.Sama ada masalah sakit kesihatan,masalah melawat kawan kat ward,masalah makan kat kafeteria hospital yang kureng best sikit tu,masalah kontraktor nak dapatkan projek dari kerajaan nak supply komputer ke hospital dan masalah aku yang pelik nape lak ramai doktor yang cun duk lalu depan aku hari ni.sebelum nie tak pernah nampak pun doktor-doktor ni,datang dari mana ni?agak-agak kalo aku add depa ni kat fesbuk,depa accept aku ke idak.

bile dah settle pendaftaran aku pun dapat lah nombor giliran aku untuk turn jumpa doktor.temujanji pukul 8 pagi,pukul 8.10 pagi aku dah tunggu depan klinik pembedahan,biasalah masalah birokrasi yang banyak dalam kerajaan maka peluang aku untuk menepati janji dengan doktor pun ade tergugat sedikit pagi ini.aku tengok kat depan klinik ini ramai jugak tetamu yang datang,so maka mungkin turn aku akan lewat sikit kot.

so sebagai seorang pesakit yang baik aku pun tunggu lah sampai giliran aku dipanggil.aku tengok doktor kat sini memang pandai merawat pesakit,asal pesakit masuk je,kompim dalam sepuluh minit paling lama,pesakit itu akan keluar dengan tanda muka yang penuh riang macam budak umur 6 tahun dapat basikal mainan.

tapi yang aku pelik apasal lepas pesakit keluar,masa untuk doktor panggil pesakit seterusnya boleh sampai ke hampir satu jam.Memang aku teringin betul nak tahu apa yang doktor buat dalam masa lepas pesakit dia keluar hingga dia panggil pesakit baru.

Depa main lalalitamplom ka kat dalam tu,ke main congkak ka,ke main domino ka sampai lama sangat nak panggil pesakit yang baru.sambil aku duk pikirkan benda tu semua sedar tak sedar nombor aku pun keluar kat papan nombor.

oke cantik,jam 11.40 pagi baru nombor aku naik.
aku ni dah lah tak makan sarapan lagi dari pagi tadi pasal terkejarkan temujanji ini.



syabas.

ps:/kalo ader doktor putrajaya yang baca.Maaf saya seorang pesakit yang sedang marah pasal tidak bersarapan pagi bile pergi berjumpa doktor.


5 ulasan:

-HanaMichi- berkata...

lu nyesal x bawak psp..kalo lu bawak, mesti lu x komplin gaya gini..dulu wa g check kat klinik pon berejam nunggu, wa men psp..smpai nek berlevel2 stage..smpai time doktor tgh check pon wa masih pgg psp..pastu doktor tnye..wa ckp..sbb sy tggu dr tadi....sket punye lame..
hehehehe

zella y berkata...

mb doktor tu main psp heehheeh

sebelas berkata...

hanamichi

lain kali wa ingat nak bawak ps3 terus siap dgn lcd plasma...amacam?

hehehehe


zella y

apa doktor main psp tak ajak wa ka?..mana adil

bellar0ssa berkata...

huhu so ape yang jadi kat dlm bilik dr? ade tak main lailitamplong

redbirdfe berkata...

tu klinik kerajaan kah? kalau kerajaan, doc mmg mcm tu. selekeh je!