Selasa, Februari 23, 2010

kenapa mesti DRAMA KING

Manusia ni kan banyak sangat lah ragam.Aku kekadang penat memikirkan mana yang betul bernama manusia atau mana yang hanya berlakon menjadi manusia.Banyak berpura dan bercakap benda yang tidak pasti dari bercakap benda yang betul dan cuba memenuhi apa yang diperkatakan.setahu aku dalam agama islam ada satu hadis iaitu

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya, Rasulullah saw bersabda :

‏أربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏منهن كانت فيه ‏ ‏خلة ‏ ‏من نفاق حتى يدعها إذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا وعد أخلف وإذا خاصم ‏ ‏فجر


"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

BTW Aku suka lagu drama king oleh meet uncle hussain.Pasal lirik lagu ini menceritakan semua yang aku maksudkan.



Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat


cukup lah manusia.Sila jadi manusia yang betul,aku pun bukan baik sangat kat dunia ini.Tapi aku tak mahu jadi yang paling teruk di dunia ini........









Isnin, Februari 22, 2010

Semua Kalo

Kalo dah tak ada orang suka.
Kalo dia dah banyak mengelak dengan pelbagai alasan.
Kalo dia buat tak tahu.
kalo dia tidak seyes berbicara.
Kalo dia tidak hargai ko dalam hidupnya.
Kalo betul bukan ko kat hatinya.







bangun,berdiri,pandang keliling dan Just teruskan hidup.
sememangnya ko tidak berjaya sentuh hatinya selamanya......................

kupu-kupu.

Jumaat, Februari 19, 2010

pastikan masuk dan keluar yang betul


hari ini aku dapat pengajaran iaitu bila berada ditempat parking kereta.kita kena lah tahu pintu masuk dan keluar yang betul kerana sekiranya salah sama ada pintu masuk dan keluar maka muka sendiri akan menjadi merah padam macam orang indon sesat kat depan KLCC pasal kena mintak tolong orang lain untuk bukakan pintu gate.

hari ni kiranya aku saja nak cuba kuar ikut pintu gate lain kat parking basement bawah pejabat aku.Sasaran aku adalah pintu gate bawah kementerian kesihatan,pasal kementerian aku dengan kementerian kesihatan berkongsi parking basement.Kalo sebelum ni pintu parking kementerian kesihatan ni selalu terbukak je ,so aku agak hari ni benda yang sama akan berlaku lah.Tapi bila sampai kat depan pintu gate tadi apa yang aku harapkan tak berlaku.Pintu gate depa ari nie tertutup.May be depa dah repair ko pintu gate yang rosak hari tu.

Oke aku cool !! tak ada masalah,perkara kecik je ni.Pas aku lepas kot dengan gate ni pasal share satu parking kan.So dengan kompidem lupa dunia aku pun drive lah depan gate tu sambil dengan kompidem swap pas aku kat sensor gate.

bile aku swap sekali pintu gate tak naik.tak pe swap tak betul kot tadi,try kali ke dua,pintu still tak naik.cool lagi swap kali ketiga,hampehhh! pintu gate ni memang tak nak naik.Kompim pas aku tak lepas kat pintu gate ni.Usha cermin belakang tengok ade 2 kereta tengah que belakang kereta aku.dalam mode gelabah tertiba pakcik kat gate sebelah aku hulurkan pas dia kat aku.dengan muka merah padam sampai telinga aku terus ambik dan swap pas pakcik tu kat pintu gate aku.



adehhh!! malunya aku hari ni.
Damnn..nape lah benda ini terjadi kat aku.


aku tak pandai biler petik gitar

Satu aje kemahiran dalam dunia ini yang aku idamkan nak dapat iaitu kemahiran petik gitar.Aku ade belajar jugak dulu dari kawan aku,tapi tangan aku ini keras sangat dah macam batu bile masa nak goreng sesebuah lagu.Itu pasal bile bunyi lagu aku cinta padamu dah bertukar jadi ke lagu dondang sayang.Hati mana yang tak hancur.

Apa yang best main gitar ni erk? bagi aku main gitar ni kekadang dapat rilek kan fikiran dan badan kita samada lepas kerja ke atau tengah tension ke atau apabila pinangan aku pada salah sorang anak dara mak senah ditolak.

kalo time sekolah dulu sapa pandai main gitar nie kirenya power lah,kompim nama dia akan terukir kat semua meja awek cun kat dalam sekolah aku,lagi satu meja mamat yang terer main gitar ni pun kompim akan ader surat berantai atas lapik meja dia yang ajak berkenalan ler,ajak bercouple ler ajak kuar makan kantin same ler ajak jalan pergi kelas sama-sama le.

kadang aku tertanya kenapa lah budak nama shungha jung ni power sangat bile petik gitar?aku sangat jelous dengan ko wahai budak kecik dari korea selatan,Kalo dulu masa kecik aku dapat pendedahan macam ko dapat kan best.

shungha Jung


Kompim aku sekarang dah famous dalam utube macam mana ko famous,
Kompim aku pun dapat sponsor gitar dari lakewood macam ko dapat sekarang,
Kompim sekarang aku tengah travel dunia pasal ramai orang invite aku buat show,
Kompim awek-awek yang tak pandang aku masa sekolah dulu duk add aku kat mukabuku.


kira ko sekarang idola aku lah pasal ko seorang budak lagi.kalo ko bukan budak kompim aku buat tak tahu je.Nampak gaya aku kena rajin pergi CM tuntut ilmu dengan buskers kat sana.

Rabu, Februari 17, 2010

bile dah lama tinggal

Pasal aku dah lama cuti sakit dan banyak sangat berbaring depan astro kat kampung halaman so semua koding aku dah lupa,database mana nak sentuh untuk dapat data pun aku dah lupa.hari ini pulak semua budak team aku amek cuti raya cina mengalahkan orang cina beraya,biasalah melayu.


tapi apa nak buat,aku dah cuti dekat sebulan sebelum ni.kasi peluang lah kat depa pulak.Tengah hari tadi pasal bosan takder job sangat,aku calling kawan lame kat opis lama ajak pergi lunch.Sasaran kami 'Saba' kat cyberjaya,so sapa yang duduk kat area putrajaya dengan cyberjaya kalo tak tahu 'saba' kat mana? memang korang rugi dalam kehidupan korang kat putrajaya dengan cyberjaya.Bestt woo makan nasi arab kat sini!!


Oke, kamal dengan nash kalo ko baca entry aku ni,aku tahu ler korang selalu lepak kat 'saba' keramat!so jangan nak komen lebeh lak lepas ni kat entry aku.hehehe


klik untuk lihat lebih jelas

balik opis dalam kul 3 nampak lak email dari bos suh kaber jap kerja kawan aku yang cuti lame tu.Aku terpinga kejap,nak tanya tapi rasa macam dah paham.duduk fikir kejap ape maksud bos aku ini dalam 15 minit.

Oke, aku paham dia nak ape! tapi macam mana nak mula? setahu aku data yang dia nak nie kena pakai data lama.

Ohh ya!! senang je nak settle.Tarik data baru dari server testing kat server kat tingkap 3 lepas itu pakai data itu untuk buat testing kat server local kat komputer aku.Bukak command prompt pasal nak tarik data dari server bawah then....


ape nie?

dammit ler.
apa yang aku taip ni?
nape tak leh masuk?
salah password ke?
eh betul ke aku taip macam ni?
semacam je command aku taip nie.....


tengok jam kul 5 petang dah.hati dah takde mood pasal tak ada orang nak rujuk.

oke fine kerja ini bos nak kena submit pada 19hb nie.so BESOK lah aku settle kan.hati tak tenang and otak tengah blur lagi pasal baru masuk opis hari ni.

senang cerita aku tutup ie,bukak mozila taip kat url http://forum.lowyat.net layan cari blackberry murah kalo ader orang nak jual.



p/s:orang kerajaan bukan malas oke!

kena sign saman



apa lagi yang nak dikatakan kalo dah kena saman masa ops sikap tahun baru cina?



bukan polis ini tapi polis trafik yang saman aku

RM 300 wajib bayar dan tak buleh kompromi lagi.Kalo pergi mahkamah pun tuan hakim paling kurang akan kasi diskaun dalam RM 50 aje,itu insp Azhar kawan baik aku kat poly yang cerita.

Adeh!!! saman sign pertama dalam hidup aku sebagai pemandu.Kalo saman ekor tue dh banyak ler aku dapat,NO HAL punya!

So ader sesapa nak tubuh tabung nak bantu aku?kesian kat aku kan..

kena start menabung duit dalam peti ais ler macam ni dan jangan bukak topik saman kalo nak lepak dengan aku pasal aku sensetip bab tu sekarang.


p/s: Insp Azhar punya muka masuk buletin utama malam tadi pasal kes dadah kat kulim bandar baru...

Ahad, Februari 07, 2010

Satu Kisah Cinta


ketika sedang menggoogle aku terbaca pasal satu artikel kisah cinta di web ini.artikel dia menarik pada pandangan aku kerana aku rase aku pun tak mampu memberikan jawapan seperti si suami itu berikan kepada isterinya.so korang baca lah dan fikirkanlah kalo benda ini terjadi didalam percintaan kamu semua.FYI Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Rozita.

gambar sekadar hiasan

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.


“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”


Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…


‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”


“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”


“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”


“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”


“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”


“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”


“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”


“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Isnin, Februari 01, 2010

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Bestkan kalo bekerja pada hari isnin sampai jumaat.Biler hari jumaat ke hati manyak senang,bangun pagi manyak gumbira berbanding hari isnin sampai khamis.pasal ape?
pasal besok sabtu maka cuti tak payah pergi kerja dan tak payah bangun awal.tak payah kena gosok baju kemeja semat semat.


opis aku yang dah sebulan tak tumb ibu jari kedatangan kerja

hari sabtu dan ahad buleh hangout dengan kekawan lepas tension pasal kerja dari isnin sampai jumaat tu.Lepak-lepak sambil usha barang macam kasut ke baju ke seluar ke dan kalo kesempatan usha awek yang jual tue sekali.hehehe!

awek pasaraya

hari cuti tue lah time nak bermesra dengan kekawan yang ader,yang dah lame terpisah selama 5 hari tue.boleh lah bertukar-tukar pendapat,bertukar-tukar kutuk mengutuk sesama sendiri,berpikir nak lepak old town mana pulak lepas dah puas lepak old town kat rampai dan kalo bernasib baik boleh jumpe cik gades.itu pun kalo cik gades sudi nak jumpa,kalo tidak kena tunggu que lagi lah jawabnya.Cik gades,jangan jual mahal sangat,kesian saya nak membeli tau.

lepas tue biler hari ahad pulak mula lah raser tak best bile dipikirkan yang besok hari isnin then kena masuk kerja balik.kena bangun awal,kena rebut parking kereta kat opis,kena masuk meting,kena ngadap kerja yang banyak.adehh letih letih!


Oke aku ngaku yang sebenarnya aku tengah MC lagi sekarang.Kalo ikutkan besok adalah hari ke 30 aku MC yang membawa maksud dah sebulan aku MC.Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ni macam mana bile dah terlalu lama MC ni.Apa yang diatas tue semua benda yang aku rindu nak buat selama aku bercuti selama sebulan ni.kalo korang kata ape kes rindu nak kerja pulak.org dah kasi MC tue layan aje lah.

Haaah nie jawapannya,cuba korang pulak yang dapatkan MC selama sebulan biar korang lak yang rasa ape yang aku rase nie.ketika time MC yang agak lama ini aku rasa setiap hari adalah sama,bagi aku tak ade hari isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat,sabtu dan ahad.Pasal apa? pasal semua hari tu aktiviti aku sama sahaja,sejak dari aku bangun pagi sampai ler aku lelap mata semula.Duduk buat benda sama sahaja,maklum lah pasal tak ade benda nak buat kan.

Maklumlah aku nie MC..................


p/s : aku bukan seorang yang gile bekerja..tetapi hanya manikam yang mengenal jauhari!


aku rindu nak balik kerja

*************************************************