Isnin, November 14, 2011

Menguruskan Gaji

Bagi anak muda yang duduk mencari rezeki kat dalam hutan batu ini cabaran dia memang power.Kerja dah lama, kalo di ukur pada tingginya pokok durian rasanya dah sampai musim untuk menuai buah dah ni.Setiap bulan dah lah kena bayar macam-macam punya bil,start dari bil makan sampai ke bil berak.Kalo miss bayar pulak,bulan depan punya bil dia punya pukulan memang padu pada budget gaji depan.

Duduk hutan batu ni,cabaran lepak shoping mall pun boleh tahan jugak.Kalo hujung minggu hati memang tak sedap kalo tak jejak kaki kat sana.Padahal pergi sana pun bukan ada kerja apa.Kalo hari menjadi boleh usha makwe yang raligh duk bershoping dan lalu lalang.Kalo hari tak menjadi,pakat usha barang pinggan mangkuk je lah.Ini semua pengaruh ilmu dari barat lah ni.Buat anak muda malaysia jadi tak tentu hala.

Sebab itu lah banyak anak muda melayu yang gagal dalam membudget gaji dari kerja mereka setiap bulan.Masalah ini serius,bukan main-main ni.Pasal awal bulan jer,gaji dah susut paras hidung.Macam mana ni nak sambung kehidupan sampai ke akhir bulan ni.Macam mana ni nak makan tuty-fruity,macam mana ni nak makan nasi arab saba bila time tengah bulan.Ini memang serius.

Tapi kalo nak fikir yang paling serius ialah bila sampai waktu tengah sedap iron baju kerja pada malam isnin.Tiba-tiba waktu tengah sedap punya feel iron baju,iron menjadi sejuk mengalahkan sejuk peti ais.Apa gila iron baju dengan suhu sejuk,bukan nak buat kiub ais pasal nak bancuh dalam air sirap.Ini nak iron baju pasal nak pergi kerja untuk mendapatkan gaji ni.Waktu genting macam ni,memang semua barang akan rosak.

Power betui dugaan tengah bulan ni.