Khamis, Ogos 18, 2011

Bulan Puasa #2

SOGO sesak dengan kutu-kutu beli baju raya.
JALAN TAR sesak dengan old timer beli baju raya.
PICC  sesak dengan brader dan makwe gomen beli baju raya.


ranap habis pahala puasa aku bila 'ter usha' ,
kadang nasib lain macam boleh jadi 'ter sentuh'.


*gulp !!*

Rabu, Ogos 10, 2011

Bulan Puasa #1

Sejak 1 Ramadhan sampai sekarang,aku asyik suap nasi waktu bukak puasa.
Lauk pulak dah macam-macam berdasarkan kemampuan berfikir pada hari itu.

Perkara macam ini dah kira tak berapa mantap sangat dah ni.
Boleh kasi kacau bilau suasana time waktu pagi raya nanti.

Aku target Baju Melayu tahun ni muat lagi untuk saiz M.

Saiz badan tahap adik-adik remaja kat kuala lumpur.



Rabu, Ogos 03, 2011

Cuti Sakit Waktu Bulan Puasa

Cuti yang agak lama kerana MC sakit mata, waktu bulan puasa ni memang power-power jugak dugaannya.Kalo pakai iman tahap adik-adik tu, kompim dah lama bibir kat mulut terasa lembap aje.

Pejam mata aje nampak peti ais,
Kelip mata aje nampak no telipon Domino,
Gosok hidung aje teringat doa berbuka puasa,
Ketip bibir aje rasa strawberry !!!


perh...

Isnin, Ogos 01, 2011

Sakit Mata

Klinik Kesihatan Kerajaan.

Apasal  makin banyak air kat mata saya ni?
Memang sakit mata keluar banyak air kat mata ke?

Mungkin alergik ni dengan ubat yang kamu pakai ni.Itu sebab bengkak tu.

owhh (Senangnya jawapan dia...nganga mulut!)

Tak pa,saya kasi ubat lain pulak dan kasi kamu MC 2 hari.


Owhh OK (Wowwwwww...senyum sampai kening mata!!)