Khamis, Mac 18, 2010

bila tidak dapat

sekarang ni aku tengah berada dalam krisis hidup aku ni,kalo tak ditackle awal mahu membawak ke mimpi ngeri setiap malam jumaat aku.aku adjust situ,adjust sini,adjust bawah,adjust atas,adjust kiri,adjust kanan tapi masih tak dapat jugak hasilnya.Nak kata aku salah ayat masa mintak tu,tak ada jugak pasal cikgu aku yang mendidik aku dengan tekun pun kantoi sama macam aku.

benda ini memang melawan ni.

bos aku pun dah usha semacam je pasal dari hari itu aku tak berjaya adjust lagi benda ini.bukan nak salah aku pun,pasal aku sendiri pun baru terjebak,biasalah buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolok kan.

yang aku pelik aku raser aku dah master semua cara nak buat ni,even dari awal aku nie masih blur dan malu nak menulis.tapi sekarang aku rasa aku dah expert sedikit dari zaman jahilah dulu.so bile lah benda ni nak mendengar cakap aku.sudah penat aku kasi benda nie bermacam jenis ayat manis semanis teh tarik mamak kat presint 9.Jangan sampai aku pegang baldi berisi air , karang naya jugak benda ini.

aku sekarang tengah bangang dan bengang.Bengang aku ini bukan macam lagu bengang akim budak AF tu.
so masa ini korang jangan sibuk nak tanya nape fesbuk aku takde sila jangan berbuat demikian,karang tak pepasal aku pijak ibujari kanan korang. nak ke?

ngerti!!(dengan penuh gaya bengang macam samseng cina bukit)

2 ulasan:

JohnJenin berkata...

mintak apa yang tak dapat? pakcik suspek macam pc jahanam je...

fidde berkata...

ko ni dah kenapa? kan ke dah dapat berry berharga tuh???