Isnin, April 04, 2011

Gila Kusyuk

Jumaat yang bertarikh 1 April 2011,yakni minggu lepas bos aku ada kasi job untuk satu sistem.Macam biasalah , pesen kalo dapat job yang kena fikir dengan bertindak berdasarkan koding ni.
Jiwa malas nak buat tu memang yang amat macam cilaka.
Tapi kalo bab melayan garage sale kat Forum Lowyat tu,memang patut respek sikit sama aku lah.
Dia punya rajin memang mengalahkan semut mencari gula.

Sebenarnya kerja aku kena buat ni macam kerja yang aku buat dulu tapi kat sistem lain.First yang aku buat adalah dengan usha balik apa yang bos aku cerita tadi kat sistem.Aku klik kat menu yang bos aku suruh adjust.

'Tup' keluar satu windows pop up..

Buat sementara waktu, Pengemaskinian data hanya boleh dibuat di Sistem e-operasi http://apps.moe.gov.my/eoperasi. Pengemaskinian data di e-GTukar dapat buat pada 02/04/2011 . Segala Kesulitan Amat Dikesali. 

Habis semua anak peluh jantan teruna aku jatuh ,basah atas keyboard.Apa punya bala ni woii.

Jam sekarang ni dah pukul 3.45pm.Lagi 2 jam dah habis waktu aku bekerja.Malam pulak dah ada game nak lawan futsal.(cik makwe,sila tengok besar-besar guna anak mata ayat kat sebelah,saya suka bersukan tauuuuu..kui3)

Bangang bangang bangang.

Aku gagahkan jugak membuat untuk menyiapkan job yang aku dapat,berdasarkan kefahaman melayu aku,benda ini nak pakai pakai 02/04/2011 dan benda ini sangat urgent pasal sistem tengah dibuka.

Setat dari pukul 3.40pm tu beserta dengan azam nak bermain futsal malam nanti serta tak mahu lepak pejabat sesorang memalam,aku mula taip koding.Dulu aku buat benda tu kat sistem lain dekat sehari jugak aku duduk menghadap komputer.So dia punya gelisah pasal nak rushing tu hampa boleh fikir kot.Cuma tak terkencing dalam seluar je lagi.

Jam 5.00pm,Member opis ajak minum,aku tepis bulat-bulat.Walupun hati nurani jejaka ni merintih nak minum air. fakap !!

Jam 5.15pm,Aku dengar bunyi sipi-sipi kat belakang yang bos aku tengah berborak dengan bos besar dari bos aku.OK ,bos aku ada lagi kat pejabat,mungkin dia tengah tunggu aku settlekan kerja ni.padahal dia habis kerja jam 5.00pm.Aku bertafakur sendiri.

Satu je pesen aku,kalo aku buat kerja.Aku akan jadi kusyuk ya amat.Kadang boleh kalah jugak kusyuk dalam semayang ni.Memang dah tak dengar dan tak tahu apa berlaku kat sekeliling.

Jam 7.10pm.Power ! aku settle habis semua koding.siap buat testing lagi.No error.Satu pencapaian terbaek untuk hari jumaat.kui3

Aku bangun dari workstation aku,dan berjalan bangga ke meja bos aku.

Lima langkah berjalan dari meja aku.
Aku tumbuk tiang yang lindung meja bos aku dengan meja aku sampai pecah dan runtuh.Dia punya simen dari tiang tu aku ramas pakai tangan sampai jadi abu.

"Bos ko dah balik pukul 5.30pm lagi tau.." member aku sound pelan-pelan kat aku.

Aku memFakap kat mulut sepanjang atas motor dari pejabat sampai rumah dan bersambung ke gelanggang futsal malam tu !!







Sampai hari ini jiwa aku bertanya sendiri kat dada hati,Bos aku ni April fool kan aku ke apa ni?


5 ulasan:

Peri PiA berkata...

rajinnnn nya,hihi

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

Fadammuk0. Hehhe tulerr malas sgttt kan, kan b0s dah bagi pekerjaan XD

merahitujambu berkata...

heheheh...pasni cik lolly tlg sekali..hehehe

iluvusomuchlorh berkata...

hahaha . chill la !!

Lovesucks berkata...

wow... encik mesti gagah dan ganteng sebab suka bersukan. Aku bajet bos ko mmg nak wat april fool la wpun time tu dah agak terlewat kan...wkwkw