Selasa, Januari 18, 2011

Petang

Pukul 4.00 petang.

Aku tengah leka layan web Malaysia Airlines,main layan tekan origin dan destination sambil doa boleh dapat harga tiket bawah RM10 macam Air Asia.

tiba-tiba bos aku panggil.

"ko tolong buat macam aku design ni.design aku dah settle...ko adjust koding kat mana table yang dah ada..table yang tak ada tu nanti aku kasi kemudian" petik bos aku dengan tegas.
"owhhh macam nie erk" aku jawab sopan.
"errr..menu nie ko buat macam ni" bos aku petik lagi.
"oowhh owwhh" aku respon dengan gaya kacak.
"paham ke ni? " bos aku tanya dengan nada lembut.
"paham! ok ok " aku jawab macam gaya salam tangan tok imam.
"boleh buat?" bos aku soal balas.
"boleh!" aku jawab dengan padu dan kemas.

lepas settle berdiskusi dengan bos aku,aku blah ke meja aku kat tepi notice board.

aku bukak sistem yang aku tengah buat.aku tengok design bos aku kasi.then aku tengok balik sistem yang aku bukak tu.

hurmmmm.payah nie payah.banyak nak kena fikir ni.
garu-garu kepala sikit.termenung tengok shiling opis kejap.tekan berihitam sambil usha-usha makwe kat twitter.Minum air masak yang tinggal balance dalam botol dari pagi tadi.tenyeh-tenyeh mata.pusing-pusing kerusi aku duduk.tengok-tengok kuku kat jari aku.urut-urut janggut kat dagu.kemudian aku tengok-tengok keyboard aku sambil kasi hapus habuk.

lepas tu aku tengok jam kat monitor aku.

Ehh dah pukul 4.35 petang.

"Mohd Helmi..jum!minum air.."aku sound dengan tone lower note kat member aku.Kena beradab sikit bab ni, sebab takut kantoi dengan bos aku.

&&&&&&&

Naakkkkaaraam ! Kalo makin ke petang ni,idea koding memang liat nak bentuk.Aku marah dalam hati sambil jentik telinga budak nama saiful afzan.


10 ulasan:

maiMOONyet berkata...

hekhekhek. gudluck yea buat kerja tuh ^^

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

Bukan selalu takde idea ke :P

SiSagaPutih berkata...

adakah anda seorang web developer dan juga peminat liverpool? cool

mye berkata...

hahaha..
base r tu blew jam dh mnjukkan ke angka 5..
hehe

Encik Tikus berkata...

kesian budak tue, kau nie.... ish3

Ieqa Swetluv berkata...

uishh sendri geram orang lain jadi mangsa ish3

Encik Psychopath berkata...

errr. tak faham -.-"

nurayunni berkata...

ermmmmmmm.......

hans berkata...

hahaha
kena perah otak lah jawabnya

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Azza Firza berkata...

errrr