Malam tadi Malaysia menang game lawan bola dengan Indonesia.Game malam tadi aku tengok kat tivi LCD skrin besar depan Istana Keadilan.Bila lepak sana dah macam dalam stadium bukit Jalil pulak.Ada mercun,ada flare,ada gendang,ada jual mafla,ada jual jersey.ada jual burger,ade jual air dan juga ada brader polis yang setia jaga penonton.
Malam tadi aku syak sukan badminton,hoki,carom,tikam nombor ekor dan tikam nombor kuda,semua tak boleh cari makan.Semua kena lipat, taruk tepi dinding pasal kasi laluan kat bola sepak.
Ramai tak ingat, orang malam tadi sampai kalo tenuk lalu pun boleh mati kena pijak dengan orang yang ada kat situ.Tapi yang paling manis sekali,Semat betui aku tengok si shafiq tu angkat Piala AFF.
Orang indonesia pulak,angkat muka sudah lah.Laser tu kasi simpan kemas-kemas dalam laci bilik tidor.Lagi 2 tahun baru angkat guna balik.Penjaga gol jenis manja mengalahkan puteri lilin.
Malam tadi jugak aku dapat anak sedara baru,adik aku baru lahir anak dia kedua.Seorang baby lelaki.Aku syak sekarang musim lelaki kot.Pasal budak opis aku pun dapat anak lelaki jugak hari isnin lepas.
Alhamdulillah,dapat anak buah AFF.
Kalo adik aku terberanak dalam kereta suzuki,aku rasa peluang tuk baby nie disponsor kereta suzuki seumur hidup kompim ada.
Lepas ni aku fikir nak panggil nama glamer anak buah aku pakai nama 'uki'.
keh keh keh
hai saya uki !
7 ulasan:
hidung tu tak lepas eh. satu keturunan, sama je. kekekekeke*
comel uki chan!
comelnya baby
happening nya kat sane,jeles u
ehh mata sepet..ada can fahmi jr....ehhehehehe
uki chan??cumel pgilan tuh...
aah..mate tu ade iras2 Khairul Fahmi dh tu
aku rase nanti bile Uki ni besar die ambik alih company Suzuki tu ah.HAHAHA
UKI! nak buat menantu hahaha
selamat tahun baru
Catat Ulasan