Isnin, November 15, 2010

Pusing Kuala Lumpur



Malam sabtu lepas aku terpaksa parking kereta buatan malaysia aku kat luar apartment.Selama ni syok duduk bawah bumbung,malam tu kena duduk bawah embun.

Dasar penduduk apartment,parking kereta pun dah jadi lebih 'hot' dari goreng pisang tepi jalan.Tapi pasal aku memikirkan besok aku nak berjalan ke kulompo.So apa yang berlaku tu aku tak berkira sangat.

Tengah hari sabtu aku masuk kereta dengan pantas,sambil bukak cermin kereta luas-luas dan hidupkan terus enjin kereta.

Hari ni bergerak dari putrajaya ke sungai besi, then singgah masuk Mcd kat sungai besi untuk lunch.Kemudian gerak terus ke jalan istana,terus ke jalan mahameru then masuk ke pwtc pusing kat jalan chowkit dekat 3 pusing pasal salah masuk jalan itu belum kira dengan jem lagi tu then gerak ke jalan bukit keramat lalu jalan tun razak depan pekeliling depan istana budaya dan masuk ke jalan semarak.Lepas puas melepak bersama kutu kat bukit keramat,gerak pula ke midvalley guna jalan tun razak ,ke jalan mahameru lalu depan parlimen,then lalu tepi KL sentral dan masuk ke bangsar ,lepas Putra Bangsar sikit ambik kiri ke MidValley,Kat MidValley pulak kene tawaf 3 kali pasal salah masuk jalan.Damn ! pelik macam mana asyik boleh salah masuk jalan,aku pun tak paham.

Lepas puas lepak kat MidValley masa berjalan balik ke kereta sambil lalu ikut belakang kereta,baru aku perasan  perkara yang mengaibkan pada kereta aku.

Dalam kepala terfikir kat mana silap semua ini , sambil tekan minyak rapat ke lantai untuk balik ke rumah  guna jalan yang memang dijangka kereta biru kuning & putih tidak akan muncul.

Sampai apartment,tengok kawasan parking kereta siang tadi,baik punya no plate kereta tergolek kat tempat parking.


Punyalah konfident tak hingat ,satu kulompo aku pusing dengan tak ada no plate kereta. Asmawi Hani pun aku rasa tak pernah buat macam aku.






hati kecil maki hamun bertiang-tiang pada hati besar.
satu rekod terburuk sepanjang memegang lesen full memandu kenderaan.


12 ulasan:

Unknown berkata...

ololo..sngt malang nsib anda..

mye berkata...

sabar jela..
ujian..huhuhu

A.I berkata...

wahhh, shok ada ketaa. boleh pusing sana sini...

aku nih bila tah nak paham jln KL. haha!

seb bek tak kena saman, kalo takkk.... NAYO!

ZR berkata...

tp tak kena tahan dgn kereta biru putih kan....

Kik0 ♥ QiLaH berkata...

x penah round2 kL. huwaaaaaaa.

young yasmin sarian berkata...

perghhh,hahaha,,,naseb baek kete biru putih tak perasan plate no u tade,

Aujinz berkata...

serius...aku fail jalan kat KL..
muahahhaha

Asyraf Hamasaki berkata...

dah boleh dah ni open table payung wa makn haha

Anna Boleyn berkata...

hahaha sabar sabar. patutlah asyik silap jalan jerk ;p eh tak de kena mengena. kuikui


p/s :hari sabtu ngan ahad rajin on9 tak? bagi jawapan kat sini :

Anna Boleyn's Survey 2 : Weekend....... Get Online or Hang Out??

nina suhaina berkata...

padanlah ko salahh je. plat number takda rupanya.

jo berkata...

kasi emel la. meh gua kasi banner buatan gua.

ardinihumaira berkata...

heeeeeee...
bahaya juga ye tak check dulu no plat sebelum masuk kete... pengajaran juga ni..


takpe2.. kete tu kasi kat dni. ehhh haha lariksssss