Selasa, Mac 23, 2010

cerita kawin


kalo nak di ikutkan kad kawin atas meja opis aku ini memang banyak.Dari kaler hitam sampai ke kaler kelabu asap,dari bentuk petak sampai ke bentuk bulat,dari bau wangi macam perfume JPG sampai bau tengit macam ketiak mamak kat presint 9 bile amek order.semua kenduri kawin kawan aku ini aku akan cuba sampaikan diri aku walaupun kat mana sekali majlis itu dibuat.kecuali kalo aku ade masalah keadaan yang memang tak dapat aku tepis.Aku hanya kirim hadiah or pesan sahaja kat kawan yang pergi.

Orang kata kalo dah kawin ini senang hidup,makan ade orang masak so badan boleh tambah kembang macam kek span.Hidup ade orang  jaga maka tak perlu lagi nak risau macam mana nak jaga diri sendiri bile aku demam atau sakit kepala.Pakaian ada orang basuhkan dan gosok kan maka tak perlu lagi ,setiap pagi sabtu aku kena bangun awal pasal nak sumbat baju dalam washing mechine aku dan setiap pagi sebelum pergi opis duduk bergosok baju sambil dengar sinar FM.Rumah pulak ada orang kemaskan maka habis ler segala makhluk kecil bawah sofa rumah aku yang menghuni kawasan itu tapi jangan risau rumah aku takde tikus,itu aku berani jamin kat korang.Aku rasa last aku sapu rumah masa mak aku datang bulan lepas kot.

Sabtu ahad boleh kuar dating dengan bini pergi tengok wayang sambil pimpin tangan rapat-rapat sampai kalo ada orang kat depan pun main langgar saja pasal sukar nak lepaskan tangan yang melekat macam gam uhu, atau pergi beli barang dapur kat carefour sampai habis semua troli kecil kiut  kita kebas and kalo ada baby boleh jugak bawak anak-anak kita pergi dekat Toys & Us cuma untuk tengok sahaja,beli jangan!

Indah kan.

Tapi sekarang satu sahaja soalan yang buat aku tengah bergaduh dengan diri aku ini sebenarnya sejak dari pagi tadi lagi, yakni sebelum aku gerak pergi ke opis.Bila bergaduh beginilah ,hati ini rasa macam nak buat kad kawin sekarang jugak, lepas itu nak masukkan kan dalam peti surat semua penghuni Putrajaya.


*************************************



So mana aku letak buku ASB aku erk?

Membuat treasure hunt dalam rumah sendiri adalah perkara biasa dalam hidup aku bila aku lupa kat mana sesuatu barang itu aku simpan.






notakaki: entry ini tiada kaitan dengan lagu Cari Jodoh dari Wali Band so jangan petik kalo tak mahu aku siku dekat kepala korang.

3 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

panjang angan ko...huhuhu

ain fathihah fhm berkata...

hehe macam2 betul yg dah terbayang bila dah kawen ek

Duniakuabstrak berkata...

lagu cari jodoh dari wali band? ahahaha btepatan sgt ngan entry ko nih