Selasa, Mac 23, 2010

aku kena berhijrah

Aku rasa sekarang ini sudah sampai masa aku bungkus pakaian dalam kain pelikat dan ikat kat hujung kayu serta memulakan langkah.Dalam bungkusan pakaian itu aku kena bawak banyak sikit baju,termasuk lah  sweater, takut kalo sejuk tengah malam bila tidor bawah jambatan gantung.Baju topman dan seluar jean topman, takut kalo terdesak takda duit buleh jugak gadai kat mat pet.Baju hujan ,takut kalo tengah jalan kat tengah highway tertiba hujan nanti demam pulak dan jugak sepasang kain pelikat dan kupiah.

Kunci kereta buatan shah alam aku buang jauh-jauh.Kalo ade orang nak tumpang kan pun  harus aku kena tepis dengan buku lima.Kalo ader awek cun pulak nak kasi tumpang naik golf GTI dia.aku kena usha dulu itu awek melayu ke awek cina.Kemudian baru aku buat keputusan nak naik ke tidak.

Duit  syiling yang aku simpan dalam bekas aiskrim Vanila kat rumah nampaknya dah melimpah luah tu.Cukup lah untuk menampung  kos perjalanan aku nanti siap campur sekali dengan kos guna tandas awam,nak kencing pun kena bayar sekarang.

Hipokrit betul!!


************************************************************************


aku fikir kalo aku hilang dari sini ade ke orang yang akan merindui aku nie?

Pasal sesungguhnya aku ini banyak melepaskan sesuatu yang aku tidak hargai pada awalnya ketika ia masih bersama aku.

Dia dah nak kawin....


notakaki : jangan carik pasal dengan aku sekarang ,aku tengah demam perasaan

4 ulasan:

fidde berkata...

aku nak cari pasal dgn ko boleh???

beb, sudah2 le tu. ko kan ade kete n suar topman yang boleh digunakan utk memancing rama2 lain di luar sana...tak pun ko boleh gunakan luke bekas bedah ko tu sebagai modal juga. it's time to move on beb

p/s: nanti reunion besar2an sile join.

sebelas berkata...

fifi

ini kes lain ini..bukan kes yang same! hehehehehe

AkuPenulis berkata...

dramatik sungguh la..
boleh buat novel ni..
hehe..
emmm, tumpang komen ye ek?

Sarabat berkata...

Salam... gua baru nak berblogging sila beri tunjuk ajar... http://crownigua.blogspot.com/ mintak pandangan otai macam lu terima kasih .!!