Isnin, Mei 30, 2011

K-Pop Lah Sangat

Depa punya Fan nie sejak pukul 6.00 pagi dah standby depan pentas.Pasal nak ambik seat depan sekali untuk show malam ni.Sanggup tak berganjak sampai ke malam,takut tempat kene rembat.

Bangang !!

Bila time nak tunggu budak-budak korea ni keluar buat show dah makan masa dekat sejam.Fan K-Pop yang duk tercegat tunggu sambil berdiri makin lama makin banyak.Siap main tolak-tolak lagi pasal nak dapat view cantik punya hal.

Bila budak-budak korea ni belajar sebut 'SAYANG' je pun.Terus satu boulervad punya makwe dah bertukar jadi histeria.

****

Aku punya nasihat satu je pasal k-pop ni.

Faking faking faking !!
 

Selasa, Mei 24, 2011

Paku Dinding Simen

Cilaka betui..

Aku baru beli satu jam dinding,dia punya design dengan kaler jam tu memang cukup mantap dan power.Time aku beli jam tu aku memang plan nak taruk kat dinding ruang tamu rumah aku,atas sikit dari lokasi kedudukan tv aku sekarang.Kira sedap jugak lah kalo tengok tv sambil boleh tengok jam yang mantap.

Aku pun ambik tukul dan paku simen yang memang sebelum ini aku dah standby dalam kotak tools kat rumah.Ketuk pelahan-lahan dulu pasal nak kasi masuk sikit paku tu ke dalam simen.
Fakingg! ketuk pelahan dinding nie makin liat pulak, tak berkesan langsung paku aku kat dinding.

Aku sedikit tercabar,takkan lelaki yang badan ketul-ketul macam aku tak mampu nak ketuk paku kat dinding rumah.Jadi aku tambah power sikit ketuk dengan stail kuat-kuat pulak.Paku yang pertama bengkok.Paku yang kedua bengkok jugak.Paku yang ketiga patah kat hujung kepala dia.Paku yang ke empat pulak.........

******

Dalam keadaan ibu jari kiri yang kemerahan dan kesakitan.
Aku bawak kereta laju-laju pergi maidin beli mesin penebuk lubang dinding dengan keadaan penuh amarah dan dendam.

Kali ini dinding simen memang main sangat kasar...

Rabu, Mei 18, 2011

Ikan Patin Sungai Temerloh Pahang

Semalam on the way balik kulompo,aku singgah perkena ikan patin sangkar temerloh.
Harga RM7 untuk sepotong ikan patin kalo dekat R&R Temerloh highway LPT.Kalo nak lagi power pergi masuk bandar Temerloh cari gerai-gerai dekat medan selera tepi tebing sungai temerloh tu.
Masak ikan patin ni pesen masak Gulai Tempoyak.Dia punya tempoyak memang kaw-kaw giler taruk.
Pesen masakan patin orang temerloh ni memang pelik dan true.



Ingat nak layan ikan patin buah tapi defisit plak duit dalam poket,karang tak mampu plak nak bayar tol.

Meleleh..meleleh !!

Rabu, Mei 11, 2011

Hotel

Sekarang ini aku dah seminggu duduk meeting kat dalam hotel.Badan punya rasa pun dah jadi lemah sikit,mana taknya asyik duduk perkena ekon jer sepanjang hari.Tipu ler sapa kata masa sekarang ni Cuaca Malaysia sangat panas.Aku rasa sejuk jer.
Matahari pun sampai aku dah lupa rupanya dia macam mana.Dulu last sekali ingat, rasa macam ada mata dengan hidung.

Lepas tu plak bila kira duduk naik turun lift 5 kali sehari untuk ke bilik dan bilik meeting,sampai peluh pun boleh berkira-kira kalo nak menitik jatuh.Waktu malam pulak boleh buat ralek duk usha makwe depan lorong Haji Taib.

Huishh dia punya feeling bila terperap dalam hotel ni, memang tak boleh nak cakap main-main.


Isnin, Mei 02, 2011

Tawaran Matrikulasi




Target aku agak lepas setahun aku akan berada di UK tengah buat jurusan medical. Mungkin kat Royal College of Surgeons,Ireland.

Amacam cita-cita aku,power tak?