Jumaat, April 30, 2010

haram wayang

Aku rasa  sudah sampai masanya wayang macam GSC dengan TGV, perlu pasang lampu nombor kerusi dengan lebih terang lagi.Tak payah lah malap sangat macam masuk rumah hantu.Sangat penting tu lampu untuk no kerusi.

Pasal lampu kerusi tak terang ni lah aku telah terkena.

Aku tengah panas pasal satu hal semalam masa mood aku tengah teruja tengok IP Man.Seorang brader  yang kuar  pergi tandas tersalah duduk dikerusi sebelah aku,kerusi dia patutnya kat depan kerusi aku bersama aweknya.Dalam fikiran aku,mamat nie salah tempat ni.So aku layan je movie dengan harapan mamat tu akan sedar dengan sendiri.Tapi selang 10 minit kemudian mamat tu raba peha aku pasal dia ingat aku ni awek dia.

Bangsat..

Aku jeling tajam brader tu, 

Semua jurus persilatan yang pernah aku belajar dulu, aku cuba ingat balik secara pantas.Aku rasa cikgu  aku pernah pesan ape jenis buah pukulan yang patut diberikan bila berada dalam situasi ini.

Dengan muka bersalah dan macam mintak penumbuk,brader tu penuh perasaan gelabah cari tempat duduk awek dia.Pasal brader tu punya hal,cerita IP Man yang aku tengok tu, aku dah rasa macam tengok cerita semerah cinta stilleto.

Bangsat..

Apa aku rasa masa diraba sebegitu rupa,korang jangan tanya.

Selasa, April 27, 2010

Angin kukus



MAMPU-sumber pembekal internet bagi seluruh pejabat pemerintah di putrajaya.

*sebagai pengguna yang amat tegar, aku  tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.Karang aku kata lebih karang mahu semua jenis penyakit aku dapat.badan aku ni nak pakai lama lagi.Nak mencarut karang, aku tak kawin lagi,karang mak mertua terbaca, dia ban aku jadi menantu pulak.

DAMN lah mampu.






ps:/ ohh yaa..ade seseorang telah connect aku kembali ke FB dia..tengs! sangat menghargai XD .Nanti i banjer roti canai kat semua followers u erk..oh yaa skali dengan tweet jugak.

Jumaat, April 23, 2010

Astro send SMS kat aku

Aku pernah dengar kawan aku cerita dengan taksud yang Astro ada hantar SMS kat dia,jemput suruh join program Iman Muda kat chanel Oasis tu.Aku rasa tu program baru yang Astro buat  bersifat Islamik sikit berbanding Raja Lawak atau Akademi Fantasia.Promo iklan tu pun banyak jugak kat Astro sekarang,semua channel kadang ada promo tu.

Nak kata kawan aku ni kencing ke tidak apa yang dia sembang,aku pun pelik jugak pada mulanya.Sebab aku pun guna Astro jugak kat rumah,aku pun client Astro yang berdaftar,fesbuk Astro pun aku add jadi kawan aku.Rasernya sudah 4 tahun aku daftar Astro kat umah aku tue,so kira pelanggan senior lah ni.So aku tunggu kot-kot aku pun Astro akan hantar SMS macam itu jugak.

Tapi tadi aku dapat satu SMS dari Astro.Gaya penulisan dia sangat lembut dengan susunan bahasa yang amat teratur,tapi maksud yang nak disampaikan memang makan dalam gila.


"Peringatan:Bayaran Bil Astro Akaun anda telah tertunggak sebanyak RM165.30,Sila jelaskan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang ganguan,Terima kasih"


WTF.Kenapa lah asyik SMS ni je yang aku dapat setiap bulan.


Khamis, April 22, 2010

Dokumen Rasulullah


20 trilion pembantu erk..
Ade berapa banyak parti politik dalam pembantu ko tu, parti pembangkang dengan parti pemerintah ada tak?

Aku ni bukan budak aliran agama,aku tak pernah pergi sekolah agama rakyat atau belajar di sekolah menengah agama kerajaan atau swasta.Ajaran agama yang aku belajar sejak kecil tidak lah terlalu rendah atau tidak jugak terlalu tinggi,tengah-tengah aje.Aku pun bukan kaki selalu lepak tengok halaqah atau forum perdana hal ehwal islam kat televisyen.Aku nakal jugak kekadang tapi aku tak ada lah sampai nak buat benda bertentangan dengan apa yang ada dalam Al-Quran.

Kalo ko tipu orang dengan MLM pun lagi bagus lah lagi stail.Tapi kenapa pasal agama islam kita ni ko nak mainkan.Tak cukup ke dengan kes rasul melayu yang stylo sebelum ni,or ayah pin-pong yang sangkut kat awan.

Apa motif and halu tuju ni erk.
ke nak jadi  mufti Malaysia  kalo ko berjaya.

Rabu, April 21, 2010

Gilakan kau

Dulu aku ingat aku nak settle down dan malas nak pikir pasal tahap jawatan aku ni ,aku tak kisahlah  kena kerja  berdasarkan arahan dari orang besar sampai aku tak larat nak tekan keyboard dengan pikir koding komputer lagi asalkan masa untuk berfesbuk dengan tweeter tu ade.Lepas tu god father pulak  suruh sambung ambik ilmu tinggi sikit,takder lah tinggi mana pun,cuma tinggi takat lepas pacak piring astro beyond je.

2 tahun setengah berpanas berhujan, terlintang pukang dengan kerja sambil belajar ni memang buat aku sangat insaf,dah macam menyelam dalam air sambil hisap rokok.Kalo aku tahu dulu memang aku belajar bebaik subjek matematik tambahan masa kat teknik dulu,even cikgu potet,yakni cikgu aku tu pernah rotan bontot aku pasal kantoi aku fly dari asrama .Allaaaaahh bukan pergi mana pun,pergi main MIRC je kat cyber cafe.Itu pun nak kecoh.

So bila dah berjaya complete belajar,dah raser pakai jubah dengan topi yang ade rambu kat depan tue,dah dapat rase senyum dengan prochanselor aku owner Ambank.Oke lah itu,at least dapat gak lah hasil sepanjang 2 tahun setengah tu.My god father plak senyum melerek sampai ke telinge.

Dah ade benda nama degree ni, aku pun dah gatal tangan apply sedikit jawatan untuk ubah kedudukan pangkat aku sikit.Biasalah dulu duk terima arahan,sekarang rasa macam nak mengarah lah pulak orang yang ada.Dengan begitu padu aku isi borang permohonan kat laman web SPA tu,bukan apa takut lambat karang melepas pulak,pasal untuk jawatan aku ni selalunya interbiu dia hanya berlaku awal tahun biasanya.

Aku senyum puas,kompim awal tahun nama aku masuk panggilan lah punya.

Sekarang nie aku rasa macam dah macam bercinta dengan web SPA,pagi petang siang malam aku duk usha laman web tu sampai jadual hari bersama pelanggan SPA untuk tahun 2010 pun aku dah habis hafal.Nasib baik dia tak de twitter,kalo ada dah lama dah aku sound dalam twitter.Bila aku usha bulan kat lappy aku,aku raser nak ketuk je lappy aku ni.Apasal dia papar tarikh dah nak hampir ke bulan mei?

Selalunya interbiu PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT akan berlaku pada bulan Mac.

SPA sila jawab.

Ahad, April 18, 2010

cik awek

Kawan aku sekarang dah mula berubah,kalo dulu masa belajar kat politeknik ungku omar aku rasa dia tak pernah sekali pun sebut pasal awek or cikaro,dia tak pernah komen langsung pasal awek tu cun ke tak kalo mekap macam lady gaga,dia tak pernah suarakan dari peti suara dia pasal dia dh jatuh hati dengan seorang awek dan dia nekad nak ngorat awek tu sampai lunyai.

Senang cerita hati dia kering yang amat macam dah takde urat darah langsung mengalir dalam hati dia ,kering lak macam dah dijemur bawah matahari selama 4 abad masihi.Aku rasa kalo sotong kering pun tak sekering dia.

Kini lepas habis belajar dan mula masuk alam kerja,kami still lepak sama lagi.Kalo ikut sejarah aku sejak berkawan dengan dia,aku dah dekat 7 orang cik awek bertukar ganti,pergi dan mari.(Ini kalo nak percaya sila percaya erk..hehehe).

Biasanya hujung minggu kami biasa lepak sesama merayap macam  lelaki yang hensem tapi tak de awek yang sudi, kat semua shoping kompleks dari utara kuala lumpur sampai ke selatan kuala lumpur dan kekadang lajak sikit ke shah alam kalo time hyper bosan sangat pergi tempat sama.Maklumlah asyik muka kami je duk bayar parking kat Mid,bayar parking kat KLCC,bayar parking kat 1Utama then kuar masuk Topman ,Jaya Jusco,Isetan dan FOS .Oh ya dan juga Plaza Lowyat.

Sampai aku pernah kata kalo kawan aku ini start mula bukak pintu taman pancarona dalam hati dia,Aku lah orang pertama yang akan gegar kat Malaysia.Itu janji aku.

Tapi sekarang aku rasa ALLAH dah tiupkan roh taman pancarona ke dalam hati dia.Kawan aku dah mula bercinta sekarang dengan seorang cik awek.Tahniah kawan,Aku tumpang gumbira dengan ko.Akhirnya ada jugak cik awek yang dapat alirkan darah dalam hati ko.Hope ko punya hubungan akan kekal selamanya,dan jangan jadi macam aku.Aku memang tak pernah bernasib baik dengan sesuatu yang di panggil cik awek dalam hidup aku sejak dulu kala lagi.

Nampaknya mulai sekarang aku kena belajar lepak sesorang  kalo nak minum teh tarik.Kompim mamak kat kedai akan gelakkan aku ni.Persetan punya mamak.

Jumaat, April 16, 2010

gelanggang

Rupernya selama ini ramai sangat indon dengan bangla yang duduk pulun kat tanah tepi tasik presint aku ni ade motif sebenarnya.Aku ingatkan depa nak pacak sting-garden kat area presint aku ni,manalah tahu kan nak cipta nama dalam malaysia book of records sebagai ahli penempatan sting-garden yang pertama kat putrajaya.

So tadi siang bila aku baca surat khabar melayu baru aku tahu yang depa duk setup gelanggang futsal kat situ.Dari gaya penceritaan kat surat khabar tu nampak macam stail je bunyinya,sembang pun letup-letup je.



So Nampaknya aku kena basuh balik kasut futsal aku kat dalam almari kasut tu.Yang koyak ari tue kat belah hujung tu nampaknya kena jahit semula ni ,tampal dengan gambar kartun hello kitty.

Jum futsal jum.Presint 18 Putrajaya.





Khamis, April 15, 2010

Musim Cukai Jalan

Aku kalo boleh aku macam tak nak lah bulan April nie ada dalam sistem kalendar penjajah yang kita semua duk guna pakai sekarang.Bulan April ini kalo nak ada pun,kalo boleh buat 4 tahun sekali pun ok jugak macam tahun melompat tu.Maknanya setiap 4 tahun baru ada bulan April, tahun-tahun lain cuma bulan Mac then terus ke May.

Aku bukan apa,pasal setiap kali bulan April aku kena banyak lakukan aktiviti cangkul dan gali dalam belanjawan hidup aku.Duit syiling yang duk terperap sejak bulan May tahun lepas yang aku tak pandang langsung,masa ini lah aku duk sibuk mengira dalam gua macam ala-ala ali baba bujang lapuk.Susah lah nak fikir kena garu sana,kena garu sini,kena cakar dinding sana,kena cakar didinding sini pasal nak dapatkan sumber hasil yang halal semata-mata untuk ko.Sampaikan duit syiling sepuluh sen yang jatuh tepi katil 3 bulan lepas pun aku usaha keluarkan tau.

Masa ini lah nampak meggi aje untuk jadi menu makan malam,dah macam zaman student lak dulu kala.Masa ini jugak kalo ade orang ajak pergi saba aku kena fikir 11 kali dulu sebelum buat keputusan.

Tapi bila pikir-pikir dan bayangkan babrican kat saba mungkin susah sikit nak tolak kot.hehehe


Aku musykil..
Apasal lah ko mati bulan April, 24hb lak tu.Takkan itu tanda aku kena naik bas no 800  bayar 50 sen untuk pergi kerja kot.

Rabu, April 14, 2010

Facebook punya cerita

Tadi petang aku mengelamun pikir masalah matematik sambil tunggu lift kat bawah apartment aku.Depan lift ni ada satu notice board,yang biasanya orang ramai rakyat 1Malaysia boleh tampal apa-apa saja yang mereka suka tanpa sebarang sekatan atau tanpa perlukan sebarang lesen untuk gantung iklan dari pihak perbadanan putrajaya.

Selalunya aku kurang perhati sikit pada papan ni pasal aku dah tahu kompim iklan biasa je yang ada,iklan macam perlukan baby sitter,iklan jual gas,iklan jual astro,iklan jual kereta,iklan cari anak kambing yang hilang,iklan jual pampers bayi,iklan baiki paip atau baiki tv,iklan tuisyen anak,iklan angkat barang,iklan tolong tolak kereta dan bermacam jenis aneka ragam iklan yang ada.

Biasalah tempat gantung iklan free kan,sapa yang tak nak.Kalo aku ade iklan pun aku nak gantung jugak.

tapi tadi ade satu iklan yang memang aku tak pernah nampak sepanjang aku bermastautin kat apartment ini.Iklan facebook.




Perhh...MANTAP!!

Apartment aku pun dah ade fesbuk sekarang.Aku ingatkan dunia tanpa sempadan hanya boleh pakai pada manusia saje.Rupernya bangunan sendiri pun dah pandai sign-up Fesbuk erk.


oh..aku dah jadi fan ke 22 dalam fesbuk apartment aku.





ps/:aku masih terpikir jantina dengan status bangunan apartment aku nie ape erk..MALE ke FEMALE...SINGLE or MARIED ni..tak de lak dia tulis kat situ.takut apartment lagi satu kat hujung sana ngorat kot.

Anak sedara Pak Najib

Aku rasa aku nak mintak pak sedara aku sound sikit dengan semua penguatkuasa yang ada kat bumi tanah melayu ini yang suka kasi surat saman.Kalo boleh nak ubah perlembagaan pun oke jugak.

Kalo nak saman parking pun agak-agaklah.

Aku dah tawaf  haji dekat 8 kali kat kawasan tu.Semua parking penuh dengan kereta BMW,ALPARD,kereta lembu dan kereta kuda tu belum masuk basikal roda 3 yang boleh parking selamba dalam petak kereta.So cuba cerita kat mana lagi aku nak parking ni.

Dah lah waktu rehat kakitangan pemerintah ngam-ngam 1 jam.

der, wa tak sempat nak rempit lah tuk settle hal wa dengan 1 jam tu.

kalaulah Pak Najib ini pak sedara aku kan.

Isnin, April 12, 2010

Buang Baby


Bodoh punya manusia,kalo bayi manusia ini ko senang buang dalam tong sampah, macam tu je macam ko buang perut ikan ek.Baik ko berdoa pada ALLAH supaya ko diubah menjadi haiwan berkaki empat daripada menjadi haiwan berkaki dua yang mekap seperti manusia.Setahu aku haiwan berkaki empat pun tak akan buat seperti apa yang ko buat.
Aku cuba ingat  balik sepanjang aku belajar 6 tahun kat sekolah rendah lepas itu sambung 5 tahun kat sekolah menengah,cikgu aku tak pernah ajar benda ini semua.Silibus KBSM dan KBSR pun tak ader masuk mana-mana subjek bab cara membuang bayi manusia dalam tong sampah.Kalo ada pun mungkin masa tu aku dapat mc hospital kerajaan, tak pergi sekolah pasal demam panas.

Lahnat!

kasi kat aku je biar aku jaga kalo betul ko tak nak.

Ahad, April 11, 2010

aku berdoa

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.



aku.. aku
sesungguhnya aku adalah insan yang lemah disisiNYA.................................. 


"Tak bisakah kau lihat diriku
Tak cukupkah bahasa tubuhku
Katakan padamu
Bahwa ku t’lah bosan
Tak bisakah kau baca hatiku
Tak bisakah kau baca hatiku
Bahwa diriku tak menginginkanmu lagi
Diriku kini tak menginginkanmu lagi
Katakan padamu
Bahwa ku tak tahan


Kini ku tak mampu lagi
tuk ikuti caramu
Hanya membuatku sakit hati
Kini ku tak mau lagi
Jalanmu bukan jalanku
Dan kau t’lah memilih
Kau t’lah memilih
Tak mudah bagiku untuk
Meninggalkan dirimu
Tapi ku tak tahan lagi
Denganmu oh denganmu
Kini ku tak mampu lagi
Hanya membuatku sakit hati
Kini ku tak mau lagi
Dan kau t’lah memilih"

cukuplah cerita kita sampai sini..

sorry aku emosi sikit dengan perasaan aku malam ini

Khamis, April 08, 2010

koding

Aku sekarang tengah sibuk terjebak dalam penulisan bahasa komputer.So perlukan sedikit masa untuk bertapa dan bersoal-jawab kenapa hasil yang keluar begini dan bukan begitu seperti yang aku suruh.

Melawan jugak ni kekadang nasib baik tak berparang dengan bersabit,walaupun sebenarnya aku sendiri yang salah beri arahan.

kalo korang paham bahasa pengaturcaraan maka korang akan paham maksud kat bawah ini.


SELECT a.no_permohonan,a.jns_pohon,
       a.cd_route,a.kputama,a.ppd_penerima,
       a.nama,a.kod_sek_asal,
       a.jumlah_wajaran,
       a.kodsebabtukar_major,
       a.kod_sesiambil,
       a.PG,a.PLAD,a.PYAD,
       a.nama_sek as namasek,
       a.kod_ppddipohon,
       a.negeri,
       a.opsyen,
       a.kodguru,
       a.ket_jwt_1,
       a.sekolahdipohon1,
       a.sekolahdipohon2,
       a.sekolahdipohon3,
       a.sek_lulus,
       a.ppd_lulus,
       a.ppd_penerima,
       a.status_ppd,
        a.kes_khas,
        a.kod_sek_lulus,
       a.kod_ppd_lulus,
       a.kod_ppd,a.ppd as ppd_pohon,
       b.kodstatus,b.kod_role,b.ulasan,b.login_id,
       a.jenissek,
       a.keterangan_guru,
       p.kod_ppd as kod_asal_ppd,p.ppd as ppd_asal,
       t.kod_sek,t.kod_ppd
      
FROM vw_pelulus_ad a,
     vw_plad b,
     lt_ppd p,
     ltg_profil_sek t       
where a.no_permohonan=b.no_permohonan
AND a.kod_sesiambil='#session.sesi#'
AND substr(a.cd_route,1,1)='#qr_info_pelulus.kod_bhg#'      
AND substr(a.cd_route,2,1)='#qr_info_pelulus.kod_sektor#'  
AND substr(a.cd_route,3,1) in (SELECT kod_unit FROM Tr_acc_TASK WHERE ic_number='#session.nokp#' AND CD_ROLES='PL30')           
AND substr(a.cd_route,4,2) in (
  SELECT cd_neg
  FROM  tr_acc_task
  WHERE ic_number='#session.nokp#'
  )

AND a.kod_ppddipohon='#kodPPD#'

 
AND a.jns_pohon='2'  
AND a.PLAD is not null
and a.kod_sek_asal=t.kod_sek
and t.kod_ppd=p.kod_ppd



and a.KODSEBABTUKAR_MAJOR ='#form.sebab#'


and trim(a.KOD_OPSYEN1) ='#trim(form.opsyen1)#'


and trim(a.kod_ppddipohon) ='#trim(form.cd_ppd)#'


and trim(t.kod_ppd) ='#trim(form.ppd_cd)#'


and trim(a.no_permohonan) ='#trim(ucase(form.no_permohonan))#'

order by nama


kadang-kadang aku terpikir nape aku tak belajar bebetul dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah,kalo tidak kompim aku dah jadi peguam ke,askar ke, atau juruterbang dan paling cikai pun jadi artis AF lah.

Kalo tidak tak adalah aku duduk memanaskan kerusi pejabat aku dari pukul 8.30 pagi sampai ke 5.30 petang setiap hari menghadapkan bahasa ini.

Isnin, April 05, 2010

RM300 SELAMAT TINGGAL

Baru pulang dari tempat harimau melepak.Aku nie sebenarnya dah kena warning sebelum 7hb April ,aku kena jelas kan ufti sebanyak RM300 kerana terlebih berlari di atas jalan masa hari raya tanglung beberapa bulan lepas.Nasib malang pasal kantoi dengan datuk harimau tentang perkiraan kaki kenari aku berlari kali ini.Kalo buat hero karang dapat pulak layanan istimewa,eskot dari umah ke kandang harimau.

Rasa macam nak try mintak diskaun belas kasihan tapi rasa macam jauh panggang dari api kali ini.Kompim awek harimau tu akan gelakkan aku dengan muka cun ala-ala scha alyahya kalo aku mintak diskaun.(tak pa lah kalo mellbourn tu kat USA..aku terima..).Kalo tak bernasib baik mungkin akan di sekolahkan pulak tentang hukum alam kat atas jalan raya.


Hari nie berapa hari bulan erk, nak kena tanda kat kalendar meja kat opis ni.Nampaknya aku kena bukak stall jual goreng pisang kat food court presint 9 ni.


hermm masa ini lah terpikir kalo gaji masuk besok kan best....ye dak?






notakaki: Aku masih tak jumpa buku akaun ASB aku,macam mana nak buat?

Ahad, April 04, 2010

what goes around, comes around

Korang bila dah ade sesuatu kat dalam gengaman korang,tolonglah jangan lepaskan.Genggam benda itu sekuat mungkin,jangan ikat dengan getah plastik,tapi ikat ler dengan tali kayu balak.

Tak payah lah nak kejar benda yang korang tak pasti akan dapat.Tak payah lah nak berlari ke langit kalo bumi ini ,korang nak lupakan.Kerana langit itu belum tentu dapat berikan seikhlas mana seperti mana bumi ini berikan.WHAT GOES AROUND,COMES AROUND.

ingat nasihat aku! 

         **********************************************

Jumaat, April 02, 2010

rasa muntah

Mula dari hujung bulan 3 lagi aku rasa aku ni dah tak betul agaknya.Sekarang baru aku betul rasa apa yang aku tak nak rasa selama ini.Rupanya susah jugak nak memahami benda ini kalo kita tak paham macam mana ia bergerak,maksud aku start dari dia mula bangun pagi sampailah dia tido,time dia buang air besar dengan air kencing tu belum kira lagi,nasib baik iman aku kuat lagi.Kalo tidak memang dah kena siram dengan air kopi benda ni.

Pasal nak mengadapkan benda ini lah sampai aku lupa semua benda yang berlaku kat tepi kiri kanan atas dan bawah meja aku.Fesbuk lak dah macam tak ada apa pulak yang nak sembang pasal kusyuk sangat duk pikir nak ajar benda ini berjalan dengan sendiri.Sampai kan kawan aku pun dah tegur yang aku dah serabai pakai baju pergi pejabat sekarang.Mana idaknya pasal dalam kepala otak aku ini sekarang duk pikir pasal benda itu je sekarang.Betul lah orang kata,kalo dah feeling tu memang akan terbawak merata-rata.Sampai ke buang air besar pun leh pikir lagi.

.RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .


sistem ini telah dibukak untuk permohonan

************************************************

cukup dua tahun aku nak mintak tukar untuk diri aku sendiri pulak.FullSTop.