Isnin, April 25, 2011

Minum Air Masak Dan Serangga Lipas

Mulai hari ini,Nampak gaya aku kena bawak air masak sendiri dari rumah.Selalu aku tergantung harap dekat mesin water dispenser di pejabat.

Pagi pergi angkat 1 liter air masak.Petang pun angkat 1 liter jugak air masak kat situ.Gigih nya aku pergi ambik air.Ini semua pasal nak kasi air urine yang keluar dari aku nanti berkaler putih lah ni.

kah kah kah kah

Sesekali, aku rasa dah macam brader yang tengah berusaha nak dapatkan nombor telefon makwe pun ada jugak dengan water dispenser ni.
Nasib baik water dispenser tu sikit lagi tak boleh buat capucino atau milo.

Rugi.

************

Pagi ni bila aku nak buat aktiviti biasa kat water dispenser.Tiba-tiba member aku sound dengan nada tegas dari belakang.

"Woi..ade lipas dohh dalam mesin tu!! pasal tu lah ramai orang tak ambik air dari situ"


Aku ternganga dengan mulut terbukak sambil karate mesin dispenser tu sampai jadi abu...
Faking!!!!!!! 3 tahun aku duk ulang buat kerja bodoh ni.

Rabu, April 20, 2011

Main Internet Facebook,Youtube dan Twitter


Hari ini bila line VPN down
.

Tahu tak dengan line VPN tu aku boleh main poke-poke kepala kutu-kutu yang ada dalam fesbuk,tengok anuar zain menyayi dalam youtube dan main twitter dengan makwe-makwe yang urban.

Tahuu takk?

Now tak pasal-pasal aku siapkan kerja koding sistem aku ni.Mantap pulak tu,selalu makan masa 3 hari nak siap.Hari nie 1 hari je dah boleh settle.



Tak perlu lah true sangat kerja macam nie woi.Boleh kasi aku takut dengan bayang-bayang aku sendiri ni.

Baler baler...



Isnin, April 18, 2011

Hari Sabtu Hari Tanpa Plastik

Hari sabtu lepas,aku pergi shoping barang dapur rumah aku sebab kat dapur aku habis stok.
Semua dah kering kontang.Tak ada salji.

Hidup sebagai seorang brader bujang ini,memang banyak likunya.Salah satunya ini lah,bila barang dapur sudah kering,mula lah hidup jadi sasau.
Akibatnya, pagi weekend bila bangun tido,kena telan air kosong.Pasal gula habis tak boleh nak buat kopi.

baler baler baler.

Aku masuk je kat dalam supermarket tu.Dengan gaya K-Pop,terus jer capai bakul hijau.Apa kejadah nak tolak-tolak troli woi,Aku jerit kuat-kuat kat dalam supermarket tu.Kutu-kutu yang oldtimer atau brader-brader yang bersama makwe-makwe jer yang selalu main benda gitu.
kah kah kah.

Settle aku angkat gula 2 kampit,susu 2 tin,ayam potong dalam 2 ringgit,ubat semut,penut butter,air kotak,jem roti,sardin,telur yang bukan telur tiruan sepeket dan power root seplastik ke dalam bakul hijau aku.

Tengok!!Muat-muat je masuk.Tak perlukan troli pun.

Power sungguh senarai shoping list aku.Brader yang bujang jer mampu memilih shoping list macam ni.

Aku beratur untuk membayar kat brader cashier lorong nombor 5.
Tetiba Brader chasier sound pelahan-lahan kat aku "encik,hari ni kami tak sediakan plastik,pasal hari ni hari sabtu tanpa plastik.Kalo nak jugak kena bayar 20 sen untuk satu plastik"

baler baler baler baler.
Aku berpeluh besar kat dahi sambil cari akal nak angkut barang aku beli ke kereta.


"Oh ya ke??..err troli nak ambik kat mana erk" aku buat-buat tanya dengan tone suara yang rendah macam tak nak keluar dari tekak.


Fakinggg! kalo aku tahu aku shoping hari Isnin jer.Waktu lunch hour opis lagi.


Apa adehal.Asal aku dapat plastik beg sudah.


gambar rembat dari google

Isnin, April 11, 2011

Membuat Panggilan Dan SMS Ke Luar Negara.

Nombor yang terpapar bila dapat panggilan dari luar negara adalah seperti contoh disebelah +668567*****.

Kalo nak call balik,senang jer.Cuma tekan kat history pada incoming call pada hanset tu.

Tak ada masalah.

Tapi kalo nak sms pulak kena tambah '00' kat depan nombor tu,dah jadi macam contoh ini pulak 00668567*****.

Pulak dah !!


**********************************

Macam celaka company telco ni.Nak kena main tukar-tukar pulak.
Patut ler 10 sms aku hantar kat cik makwe tak sampai-sampai.

Isnin, April 04, 2011

Gila Kusyuk

Jumaat yang bertarikh 1 April 2011,yakni minggu lepas bos aku ada kasi job untuk satu sistem.Macam biasalah , pesen kalo dapat job yang kena fikir dengan bertindak berdasarkan koding ni.
Jiwa malas nak buat tu memang yang amat macam cilaka.
Tapi kalo bab melayan garage sale kat Forum Lowyat tu,memang patut respek sikit sama aku lah.
Dia punya rajin memang mengalahkan semut mencari gula.

Sebenarnya kerja aku kena buat ni macam kerja yang aku buat dulu tapi kat sistem lain.First yang aku buat adalah dengan usha balik apa yang bos aku cerita tadi kat sistem.Aku klik kat menu yang bos aku suruh adjust.

'Tup' keluar satu windows pop up..

Buat sementara waktu, Pengemaskinian data hanya boleh dibuat di Sistem e-operasi http://apps.moe.gov.my/eoperasi. Pengemaskinian data di e-GTukar dapat buat pada 02/04/2011 . Segala Kesulitan Amat Dikesali. 

Habis semua anak peluh jantan teruna aku jatuh ,basah atas keyboard.Apa punya bala ni woii.

Jam sekarang ni dah pukul 3.45pm.Lagi 2 jam dah habis waktu aku bekerja.Malam pulak dah ada game nak lawan futsal.(cik makwe,sila tengok besar-besar guna anak mata ayat kat sebelah,saya suka bersukan tauuuuu..kui3)

Bangang bangang bangang.

Aku gagahkan jugak membuat untuk menyiapkan job yang aku dapat,berdasarkan kefahaman melayu aku,benda ini nak pakai pakai 02/04/2011 dan benda ini sangat urgent pasal sistem tengah dibuka.

Setat dari pukul 3.40pm tu beserta dengan azam nak bermain futsal malam nanti serta tak mahu lepak pejabat sesorang memalam,aku mula taip koding.Dulu aku buat benda tu kat sistem lain dekat sehari jugak aku duduk menghadap komputer.So dia punya gelisah pasal nak rushing tu hampa boleh fikir kot.Cuma tak terkencing dalam seluar je lagi.

Jam 5.00pm,Member opis ajak minum,aku tepis bulat-bulat.Walupun hati nurani jejaka ni merintih nak minum air. fakap !!

Jam 5.15pm,Aku dengar bunyi sipi-sipi kat belakang yang bos aku tengah berborak dengan bos besar dari bos aku.OK ,bos aku ada lagi kat pejabat,mungkin dia tengah tunggu aku settlekan kerja ni.padahal dia habis kerja jam 5.00pm.Aku bertafakur sendiri.

Satu je pesen aku,kalo aku buat kerja.Aku akan jadi kusyuk ya amat.Kadang boleh kalah jugak kusyuk dalam semayang ni.Memang dah tak dengar dan tak tahu apa berlaku kat sekeliling.

Jam 7.10pm.Power ! aku settle habis semua koding.siap buat testing lagi.No error.Satu pencapaian terbaek untuk hari jumaat.kui3

Aku bangun dari workstation aku,dan berjalan bangga ke meja bos aku.

Lima langkah berjalan dari meja aku.
Aku tumbuk tiang yang lindung meja bos aku dengan meja aku sampai pecah dan runtuh.Dia punya simen dari tiang tu aku ramas pakai tangan sampai jadi abu.

"Bos ko dah balik pukul 5.30pm lagi tau.." member aku sound pelan-pelan kat aku.

Aku memFakap kat mulut sepanjang atas motor dari pejabat sampai rumah dan bersambung ke gelanggang futsal malam tu !!







Sampai hari ini jiwa aku bertanya sendiri kat dada hati,Bos aku ni April fool kan aku ke apa ni?