Selasa, Mac 15, 2011

Aku Dan Memandu Motorsikal

Kalo ikut sejarah hidup aku.Lesen pertama yang  aku berjaya dapat adalah lesen bawak kereta, itu pun lepas aku berjaya menghabiskan peperiksaan SPM.Dulu orang tua aku stail agak tegas medidik dalam membenarkan anak dia membawak kenderaan kat atas jalan raya.

Lesen motor ni,aku dapat buat,lepas aku masuk U.Itu pun disertakan sekali dengan motor RXZ kaler merah putih.Biasalah,duduk kat U ni kalo tak pakai motor,bukan student U lah namanya.


Makwe-makwe U pun agak kurang jugak nak perati lelaki yang pesen tak ada motor ni.So kira waktu itu,aku boleh di kira agak berketerampilan lah jugak.Ada lah jugak makwe-makwe yang suwiit-suwiit kat aku time aku lalu depan depa.Berdasarkan motor tu jugaklah aku mendapat bermacam-macam pengalaman baru dan juga kawan-kawan baru.

Budak-budak  main motor ni,korang jangan macam-macam.Depa punya kemahiran IQ sangat tinggi ya amat.Bijak mempelikkan benda yang asalnya tidak terlalu pelik sangat.Itu belum lagi kita bukak cerita skill budak main motor membawak motor.Dasyattt...

Aku suka bawak motor dari bawak kereta,banyak sikit kesenangan bila kita membawak motor ni.Bab parking tu yang paling utama,Motor ni kita boleh parking menyelit je kat mana-mana,apa nak kisah.Bukan macam bawak kereta,kena cari parking saiz yang minimum 7 kaki panjang dan 3 kaki lebar.Itu kalo pergi kekawasan bepadatan yang amat waktu pejabat.
Fuhh..mahu berperang nak dapat parking tu.

Tapi kalo bawak motor,silap-silap depan pintu airkon shoping mall pun kita boleh parking tau.

Hebat !

Tadi tengah hari,Aku pergi Bank HSBC kat kajang prima.Aku pergi naik motor,Angin sepoi-sepi bahasa.Putrajaya ke kajang prima.Kejap jer sampai.Tak perlu nak bayar Tol ke,nak berjem-jem ke.Lepas tu bila sampai depan bank pulak,senafas je aku paking depan bank.Guard dalam bank usha tajam je kat aku sambil pegang senapang patah.Aku angkat kepala kat guard tu,tanda melawan usha dia.Terus guard tu tunduk kepala dia pandang lantai sambil main kuis-kuis kaki dia kat karpet depan pintu bank.
Aku ketawa kecil dalam hati,itu power seorang penunggang motor.
kui3

Hebat Hebat kan.

Settle urusan bank dalam 15 minit.Boleh tahan cepat jugak makwe kat HSBC buat kerja ni.So aku pun pulas motor aku balik semula ke Putrajaya.Kali nie balik lagi bertambah gumbira pasal berjaya settle kan perkara kat HSBC.


Tengah sedap bawak motor lalu kat depan kajang utama,mata aku ter usha pulak kat meter minyak motor.

Faking meter minyak kat merah.out meter !!
Jerit aku macam lahnat kat atas motor,sambil enjin motor aku tersedu-sedu.


Tengok sign board tepi highway,exit jalan reko,bangi dalam 500 meter.Sign board petronas pulak dalam 1 kilometer.Tengok matahari pulak,suhu 40 celcius.


Damn.Panas woii tolak motor bawah matahari tengah hari.
Aku maki diri sendiri sambil terajang tiang signboard Petronas.

8 ulasan:

Sheherazade berkata...

cian die

tibe2 rindu kinah x mase tu? :P

hahaha,xblh blah awek suit2

nadira shahid berkata...

best sgt ke bwk moto ni? *tanda NS jeles sebab tak reti bwk moto T_T*

Tanpa Nama berkata...

sama leeee! tapi, at least ko ada juga lesen motor T_T

cik ain berkata...

haha :p dh style lawn mata dengan pak guard.. kire otai..

tp jatuh standard tolak motor tepi jln, tgh hari bute plak tu..

kalau guard td lalu jln tu, mhu dia gelakkan hang!

Ibu Ammar berkata...

lama tak jengah blog ni. hehe

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

EH BILE HUPDATE NI TAK TAHU PUN.

JHaZ KiTaRo berkata...

salam.. rajin2, meh laa ziarah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)

LoveShak berkata...

Lenkali sila check minyak moto anda dulu sebelum memulakan perjalanan...makasih. skill hebat mcm mana pun time modify ngan tunggang moto xberguna kalau kena tolak moto sorg2 atas hiway :D