Kalo ikut sejarah hidup aku.Lesen pertama yang aku berjaya dapat adalah lesen bawak kereta, itu pun lepas aku berjaya menghabiskan peperiksaan SPM.Dulu orang tua aku stail agak tegas medidik dalam membenarkan anak dia membawak kenderaan kat atas jalan raya.
Lesen motor ni,aku dapat buat,lepas aku masuk U.Itu pun disertakan sekali dengan motor RXZ kaler merah putih.Biasalah,duduk kat U ni kalo tak pakai motor,bukan student U lah namanya.
Makwe-makwe U pun agak kurang jugak nak perati lelaki yang pesen tak ada motor ni.So kira waktu itu,aku boleh di kira agak berketerampilan lah jugak.Ada lah jugak makwe-makwe yang suwiit-suwiit kat aku time aku lalu depan depa.Berdasarkan motor tu jugaklah aku mendapat bermacam-macam pengalaman baru dan juga kawan-kawan baru.
Budak-budak main motor ni,korang jangan macam-macam.Depa punya kemahiran IQ sangat tinggi ya amat.Bijak mempelikkan benda yang asalnya tidak terlalu pelik sangat.Itu belum lagi kita bukak cerita skill budak main motor membawak motor.Dasyattt...
Aku suka bawak motor dari bawak kereta,banyak sikit kesenangan bila kita membawak motor ni.Bab parking tu yang paling utama,Motor ni kita boleh parking menyelit je kat mana-mana,apa nak kisah.Bukan macam bawak kereta,kena cari parking saiz yang minimum 7 kaki panjang dan 3 kaki lebar.Itu kalo pergi kekawasan bepadatan yang amat waktu pejabat.
Fuhh..mahu berperang nak dapat parking tu.
Tapi kalo bawak motor,silap-silap depan pintu airkon shoping mall pun kita boleh parking tau.
Hebat !
Tadi tengah hari,Aku pergi Bank HSBC kat kajang prima.Aku pergi naik motor,Angin sepoi-sepi bahasa.Putrajaya ke kajang prima.Kejap jer sampai.Tak perlu nak bayar Tol ke,nak berjem-jem ke.Lepas tu bila sampai depan bank pulak,senafas je aku paking depan bank.Guard dalam bank usha tajam je kat aku sambil pegang senapang patah.Aku angkat kepala kat guard tu,tanda melawan usha dia.Terus guard tu tunduk kepala dia pandang lantai sambil main kuis-kuis kaki dia kat karpet depan pintu bank.Aku ketawa kecil dalam hati,itu power seorang penunggang motor.
kui3
Hebat Hebat kan.
Settle urusan bank dalam 15 minit.Boleh tahan cepat jugak makwe kat HSBC buat kerja ni.So aku pun pulas motor aku balik semula ke Putrajaya.Kali nie balik lagi bertambah gumbira pasal berjaya settle kan perkara kat HSBC.
Tengah sedap bawak motor lalu kat depan kajang utama,mata aku ter usha pulak kat meter minyak motor.
Faking meter minyak kat merah.out meter !!
Jerit aku macam lahnat kat atas motor,sambil enjin motor aku tersedu-sedu.
Tengok sign board tepi highway,exit jalan reko,bangi dalam 500 meter.Sign board petronas pulak dalam 1 kilometer.Tengok matahari pulak,suhu 40 celcius.
Damn.Panas woii tolak motor bawah matahari tengah hari.Aku maki diri sendiri sambil terajang tiang signboard Petronas.
Selasa, Mac 15, 2011
Khamis, Mac 10, 2011
Pegawai Takbir Dan Diplomatik (PTD)
Aku cuba-cuba praktis tengok soalan yang pesen akan keluar kalo pergi exam PTD.Dalam banyak soalan yang ada,aku rasa masih boleh makan lagi kalo rajin buat ulangkaji dan banyak baca akhbar Utusan Malaysia .
Tapi ada satu pesen soalan bagi aku yang aku anggap agak kurang sedap nak jawab.
Boleh bikin tercalar sikit kekacakkan dan kepintaran aku dalam bidang IT.
Soalan pesen jawapan yang boleh jadi berbagai-bagai ni,kalo layan lebih boleh kasi terbakar jugak hati lelaki kacak ini.
1. Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai dari individu-individu berikut:
Peguambela : “Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada
di tempat kejadian jenayah berlaku.”
Jururawat : “Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak
akan sembuh dengan segera.”
Profesor: “Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi
berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi
memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang.”
Penggangur : “Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat,
tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong.”
A. Jururawat
B. Penganggur
C. Peguambela
D. Peguambela dan Jururawat
[*]
Apa punya faking lah soalan ni.Soalan macam nak pilih untuk selection jadi Calon ADUN.
Bangang bangang bangang

ps:/ jawapan betul dia B
Isnin, Mac 07, 2011
YNWA
Selain aku kena marah dengan seseorang sebab malam tadi mamai masa tengah bertelefon.
Sorry ' u ' sebab ' i ' memang mamai betui malam tadi.Ini betul ikhlas ni.
Bagi aku yang lain pada pagi isnin, 07 bulan Mac ni adalah benda yang tenang,tak payah nak pikir banyak pasal benda lain.Itu semua boleh tolak simpan tepi,kecuali perkara yang pertama kat atas ini.Ehem..ehem.
Unicorn pun boleh rileks jer kuar lepak kat tepi alamanda putrajaya pagi tadi, Pelangi pulak keluar 14 warna sebelum subuh lagi dengan Hatter pun tenang jer minum teh ais sambil makan roti canai telur kat Ali bistro presint 15 pagi tadi.
tengok ! betapa indah cerianya putrajaya pagi ni.
ps:/ Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa ( kata- kata orang kat fesbuk)
Sorry ' u ' sebab ' i ' memang mamai betui malam tadi.Ini betul ikhlas ni.
Bagi aku yang lain pada pagi isnin, 07 bulan Mac ni adalah benda yang tenang,tak payah nak pikir banyak pasal benda lain.Itu semua boleh tolak simpan tepi,kecuali perkara yang pertama kat atas ini.Ehem..ehem.
Unicorn pun boleh rileks jer kuar lepak kat tepi alamanda putrajaya pagi tadi, Pelangi pulak keluar 14 warna sebelum subuh lagi dengan Hatter pun tenang jer minum teh ais sambil makan roti canai telur kat Ali bistro presint 15 pagi tadi.
tengok ! betapa indah cerianya putrajaya pagi ni.
Gambar rembat dari sokernet , sokernet rembat dari mana..tu terpulang pada depa.ekekeke
Langgan:
Catatan (Atom)