Rabu, Mac 31, 2010

kebun pisang

Bila lah agaknya kebun pisang aku ni nak berbuah,nak kata aku tak turun kebun pun tak betul pasal 

setiap hari aku turun kebun,
setiap hari aku duduk membaja,
setiap hari aku siram tanaman,
setiap hari aku duduk menanam,
setiap hari jugak aku tolong menuai kat kebun orang untuk dapat upah.

Aku rasa setiap kali musim menuai aku dapat banyak hasil jualan yang tidak mampu dipikirkan oleh akal manusia.Kira betul lah apa yang kerajaan kata 'pertanian itu adalah satu perniagaan'.

*******************************************************************************
So untuk kali ini punya hasil menuai aku ingat nak beli Satria R3  yang limited edition ni,aku nak jadi orang ke 12 yang booking kereta ni.

Tapi masalahnya apasal time aku nak beli kereta ni,time ini lah opis aku nak memantau Fesbuk.

Masa depan kebun aku ni macam mana,sapa nak jawab?


 .kereta yang ingin dibeli guna hasil jualan pertanian.

Ahad, Mac 28, 2010

Al-Fatihah





Pak Ngah saya telah kembali ke rahmatullah pada 28 Mac 2010 pada jam lebih kurang jam 2 pagi.Saya mohon jasa baik semua blogger untuk bersama-sama saya mensedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham.Sesungguhnya ini adalah kali pertama saya kehilangan ayah saudara dalam hidup saya.

Al-Fatihah.....


Sabtu, Mac 27, 2010

rasa panas


aku tak puas hati apasal ko tutup kedai hari ni?

******************************************************************

Hari ini aku bangun awal pagi walaupun hari ini sabtu,bila mandi aku gosok gigi 4 kali dan sempat juga samphoo rambut 2 kali,habis mandi aku sembur perfume tebal-tebal kat badan,lepas itu aku sikat rambut rapi-rapi.Baju t-shirt aku gosok kemas-kemas dan tegang sampai kalo baling lesung batu pun kompim akan melantun ke syiling semula.Seluar jeans topman aku pakai ni aku pilih yang baru angkat dari sidaian yang masih ade bau softlan.

Dari putrajaya ke cyberjaya aku duk termenungkan ko sambil bawak kereta buatan shah alam aku ni laju-laju pasal tak sabar nak jumpa ko.

Dah lama tak jumpe ko,agak-agak ko rindu tak kat aku ni?


Tapi ko ini memang pandai mengecewakan aku.Takkan nak suruh aku berkelana ke dataran jelatek kot dari cyberjaya ni semata untuk menikmati ko.

Putus cinta pun tak teruk rasernya seperti aku rasa sekarang.

Khamis, Mac 25, 2010

peeewiittt


Ada tak makwe kat dalam fesbuk yang sanggup pergi dengan aku.

Ketiak aku ini bau busyuk,
kuku aku panjang dan kaler hitam,
badan aku berdaki.
nafas aku berbau sedikit bila rapat,
bulu hidung aku panjang,

Kalo takat nak suruh aku payung teh tarik tu no hal punya kalo makwe sudi terima pelawaan aku...

Rabu, Mac 24, 2010

liabiliti

Aku sekarang dalam perkiraan untuk lepak dengan manusia kuning bermula dari hari ini.Nampaknya manusia kuning ini berlari lagi laju dari beruang biru aku sekarang.Apa barang kalo guna BB tapi berlari macam itek.

kalo thailand buleh dapat minimum 4mbps tapi kita punya minimum 384kbps.sapa yang kite nak siku kalo macam ini?


Aku tengah dilema tak tahu mana nak letak beruang biru ini.Nak bunuh tak boleh pulak pasal nanti akan bersangkut paut pulak dengan satu lagi beruang biru kat sorang kawan tu.Aku jadi kesian pulak kat kawan tu,sudah ler beli kereta pers buatan shah alam yang siap dibekalkan sekali dengan GPS,tapi masih lagi sesat kalo nak berjalan ke nilai dari putrajaya ni.Mungkin GPS tue yang salah kot pasal tuan dia tak salah langsung sebab tuan dia tak reti guna langsung benda tu,hehehe ladies,ladies.

So aku tak buleh agak apa akan jadi kalo aku bunuh pulak beruang biru yang dia jaga itu,mahu sebulan putrajaya putus bekalan air bersih kot.

So aku muhasabah dengan keadaan.


Aku termenung tinggi sambil berfikir akan belanjawan aku untuk bulan akan datang.

Lari budget ini.

Selasa, Mac 23, 2010

aku kena berhijrah

Aku rasa sekarang ini sudah sampai masa aku bungkus pakaian dalam kain pelikat dan ikat kat hujung kayu serta memulakan langkah.Dalam bungkusan pakaian itu aku kena bawak banyak sikit baju,termasuk lah  sweater, takut kalo sejuk tengah malam bila tidor bawah jambatan gantung.Baju topman dan seluar jean topman, takut kalo terdesak takda duit buleh jugak gadai kat mat pet.Baju hujan ,takut kalo tengah jalan kat tengah highway tertiba hujan nanti demam pulak dan jugak sepasang kain pelikat dan kupiah.

Kunci kereta buatan shah alam aku buang jauh-jauh.Kalo ade orang nak tumpang kan pun  harus aku kena tepis dengan buku lima.Kalo ader awek cun pulak nak kasi tumpang naik golf GTI dia.aku kena usha dulu itu awek melayu ke awek cina.Kemudian baru aku buat keputusan nak naik ke tidak.

Duit  syiling yang aku simpan dalam bekas aiskrim Vanila kat rumah nampaknya dah melimpah luah tu.Cukup lah untuk menampung  kos perjalanan aku nanti siap campur sekali dengan kos guna tandas awam,nak kencing pun kena bayar sekarang.

Hipokrit betul!!


************************************************************************


aku fikir kalo aku hilang dari sini ade ke orang yang akan merindui aku nie?

Pasal sesungguhnya aku ini banyak melepaskan sesuatu yang aku tidak hargai pada awalnya ketika ia masih bersama aku.

Dia dah nak kawin....


notakaki : jangan carik pasal dengan aku sekarang ,aku tengah demam perasaan

cerita kawin


kalo nak di ikutkan kad kawin atas meja opis aku ini memang banyak.Dari kaler hitam sampai ke kaler kelabu asap,dari bentuk petak sampai ke bentuk bulat,dari bau wangi macam perfume JPG sampai bau tengit macam ketiak mamak kat presint 9 bile amek order.semua kenduri kawin kawan aku ini aku akan cuba sampaikan diri aku walaupun kat mana sekali majlis itu dibuat.kecuali kalo aku ade masalah keadaan yang memang tak dapat aku tepis.Aku hanya kirim hadiah or pesan sahaja kat kawan yang pergi.

Orang kata kalo dah kawin ini senang hidup,makan ade orang masak so badan boleh tambah kembang macam kek span.Hidup ade orang  jaga maka tak perlu lagi nak risau macam mana nak jaga diri sendiri bile aku demam atau sakit kepala.Pakaian ada orang basuhkan dan gosok kan maka tak perlu lagi ,setiap pagi sabtu aku kena bangun awal pasal nak sumbat baju dalam washing mechine aku dan setiap pagi sebelum pergi opis duduk bergosok baju sambil dengar sinar FM.Rumah pulak ada orang kemaskan maka habis ler segala makhluk kecil bawah sofa rumah aku yang menghuni kawasan itu tapi jangan risau rumah aku takde tikus,itu aku berani jamin kat korang.Aku rasa last aku sapu rumah masa mak aku datang bulan lepas kot.

Sabtu ahad boleh kuar dating dengan bini pergi tengok wayang sambil pimpin tangan rapat-rapat sampai kalo ada orang kat depan pun main langgar saja pasal sukar nak lepaskan tangan yang melekat macam gam uhu, atau pergi beli barang dapur kat carefour sampai habis semua troli kecil kiut  kita kebas and kalo ada baby boleh jugak bawak anak-anak kita pergi dekat Toys & Us cuma untuk tengok sahaja,beli jangan!

Indah kan.

Tapi sekarang satu sahaja soalan yang buat aku tengah bergaduh dengan diri aku ini sebenarnya sejak dari pagi tadi lagi, yakni sebelum aku gerak pergi ke opis.Bila bergaduh beginilah ,hati ini rasa macam nak buat kad kawin sekarang jugak, lepas itu nak masukkan kan dalam peti surat semua penghuni Putrajaya.


*************************************



So mana aku letak buku ASB aku erk?

Membuat treasure hunt dalam rumah sendiri adalah perkara biasa dalam hidup aku bila aku lupa kat mana sesuatu barang itu aku simpan.






notakaki: entry ini tiada kaitan dengan lagu Cari Jodoh dari Wali Band so jangan petik kalo tak mahu aku siku dekat kepala korang.

Isnin, Mac 22, 2010

pagi isnin

Lain kali jangan malas buat kerja.kalo tidak tahu kenalah tanya sebelum ko di luku.




*****************************************



p/s:aku fan liverpool,aku tahu lah MU menang semalam.kecoh lebih lagi batu giling terbang ke muka korang.kalo babitkan Liverpool aku memang tak memain.

Ahad, Mac 21, 2010

kejam


Aku bersama seorang kawan dalam kereta ke pusat karaoke kat ampang lepas makan kat One Utama.Tangan duk cari stesen radio sinar FM,retro sikit.Kena dengan topik perbualan kami

"ko punya cerita dengan awek tu macam mana?"

"tengah krisis jugak sekarang,ntah lah aku nak cerita pun dah tak reti dah."

"herm..ntahlah perempuan ini kan aku tak paham lah,kenapa hati mereka ini kejam sangat.Lepas dah putus dengan lelaki dia boleh ajak lelaki tu jadi kawan baik pulak.kenapa dia boleh buat tak tahu je apa yang berlaku sebelum ini.Dia tak tahu ke lelaki ni susah nak terima dia jadi kawan kalo dah putus.Ingat senang ke nak lupakan perasaan masa bercinta dulu?"

"herm betul jugak"

aku terus pandu laju-laju kereta buatan shah alam aku ni, kalo ade roadblok kat depan pun aku raser aku rela langgar roadblok tu.

 ************************************************

Hakikatnya aku pun sukar jugak nak jawab penyataan ini pasal benda ini pernah jugak terjadi pada aku.Karang kalo aku nasihat kang buleh jadi pertumpahan darah pulak.

Itu aku tak mahu

Khamis, Mac 18, 2010

mengurat





seorang kawan ada cakap yang kalau terasa ingin dihati untuk mengurat awek yang agak-agak alim macam Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman,maka kita haruslah bersifat hipokrit terlebih dahulu sebelum dapat menawan hati awek tersebut.

aku duduk diam lepas itu sambil bermuhasabah,lepas itu pulak aku fikir dalam-dalam,kemudian tak puas hati aku tanya uncle google kalo-kalo dia tahu dan lepas itu  aku timbang tara betul-betul guna mesin timbang berat badan digital carefour kat rumah akan apa maksud dia sambil minum air kotak ribena.

kat manalah silap aku selama ini.

bila tidak dapat

sekarang ni aku tengah berada dalam krisis hidup aku ni,kalo tak ditackle awal mahu membawak ke mimpi ngeri setiap malam jumaat aku.aku adjust situ,adjust sini,adjust bawah,adjust atas,adjust kiri,adjust kanan tapi masih tak dapat jugak hasilnya.Nak kata aku salah ayat masa mintak tu,tak ada jugak pasal cikgu aku yang mendidik aku dengan tekun pun kantoi sama macam aku.

benda ini memang melawan ni.

bos aku pun dah usha semacam je pasal dari hari itu aku tak berjaya adjust lagi benda ini.bukan nak salah aku pun,pasal aku sendiri pun baru terjebak,biasalah buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolok kan.

yang aku pelik aku raser aku dah master semua cara nak buat ni,even dari awal aku nie masih blur dan malu nak menulis.tapi sekarang aku rasa aku dah expert sedikit dari zaman jahilah dulu.so bile lah benda ni nak mendengar cakap aku.sudah penat aku kasi benda nie bermacam jenis ayat manis semanis teh tarik mamak kat presint 9.Jangan sampai aku pegang baldi berisi air , karang naya jugak benda ini.

aku sekarang tengah bangang dan bengang.Bengang aku ini bukan macam lagu bengang akim budak AF tu.
so masa ini korang jangan sibuk nak tanya nape fesbuk aku takde sila jangan berbuat demikian,karang tak pepasal aku pijak ibujari kanan korang. nak ke?

ngerti!!(dengan penuh gaya bengang macam samseng cina bukit)

Rabu, Mac 17, 2010

sarapan pagi

pagi ni aku pergi ke hospital putrajaya untuk buat pemeriksaan luka pembedahan aku.temujanji pukul 8 am,itu yang tertulis kat buku temujanji aku yang nurse tulis masa temujanji aku last week.Aku masuk kerja kat pejabat pukul 8.30 am,kire lewat dalam setengah jam dari appointment.bagi menghilangkan dilema mana nak pergi dahulu ini aku buat keputusan untuk pergi hospital dulu dari masuk 'tumb' jari kat mesin kedatangan dipejabat aku.

Badan nak pakai lama.so kena utamakan kesihatan diri terlebih dahulu.kawin pun belum lagi pasal banyak awek kat fesbuk jual mahal tak nak pilih aku,maklumlah aku ni pakai kereta buatan shah alam je.orang lain pakai kereta buatan tokyo or washington.Mana nak sama kan kan kan....

Opis aku ni pun satu,dah pandai main tukar mesin kedatangan kepada 'tumb' jari lak.macam mana le pekerja dia nak mintak kawan-kawan di pejabat tolong puch kan kedatangan kalo berada didalam situasi aku ini.Habis semua nilai kemasyarakat yang mana wujud dahulu dalam tolong menolong sesama pekerja bagi mengkaberkan kawan sendiri.lama tu nilai murni itu wujud,sejak zaman lepas merdeka lagi kalo aku tak salah.


biasalah kalo kat hospital orang sikit punyalah ramai dengan bermacam masalah mereka sendiri.Sama ada masalah sakit kesihatan,masalah melawat kawan kat ward,masalah makan kat kafeteria hospital yang kureng best sikit tu,masalah kontraktor nak dapatkan projek dari kerajaan nak supply komputer ke hospital dan masalah aku yang pelik nape lak ramai doktor yang cun duk lalu depan aku hari ni.sebelum nie tak pernah nampak pun doktor-doktor ni,datang dari mana ni?agak-agak kalo aku add depa ni kat fesbuk,depa accept aku ke idak.

bile dah settle pendaftaran aku pun dapat lah nombor giliran aku untuk turn jumpa doktor.temujanji pukul 8 pagi,pukul 8.10 pagi aku dah tunggu depan klinik pembedahan,biasalah masalah birokrasi yang banyak dalam kerajaan maka peluang aku untuk menepati janji dengan doktor pun ade tergugat sedikit pagi ini.aku tengok kat depan klinik ini ramai jugak tetamu yang datang,so maka mungkin turn aku akan lewat sikit kot.

so sebagai seorang pesakit yang baik aku pun tunggu lah sampai giliran aku dipanggil.aku tengok doktor kat sini memang pandai merawat pesakit,asal pesakit masuk je,kompim dalam sepuluh minit paling lama,pesakit itu akan keluar dengan tanda muka yang penuh riang macam budak umur 6 tahun dapat basikal mainan.

tapi yang aku pelik apasal lepas pesakit keluar,masa untuk doktor panggil pesakit seterusnya boleh sampai ke hampir satu jam.Memang aku teringin betul nak tahu apa yang doktor buat dalam masa lepas pesakit dia keluar hingga dia panggil pesakit baru.

Depa main lalalitamplom ka kat dalam tu,ke main congkak ka,ke main domino ka sampai lama sangat nak panggil pesakit yang baru.sambil aku duk pikirkan benda tu semua sedar tak sedar nombor aku pun keluar kat papan nombor.

oke cantik,jam 11.40 pagi baru nombor aku naik.
aku ni dah lah tak makan sarapan lagi dari pagi tadi pasal terkejarkan temujanji ini.



syabas.

ps:/kalo ader doktor putrajaya yang baca.Maaf saya seorang pesakit yang sedang marah pasal tidak bersarapan pagi bile pergi berjumpa doktor.


Selasa, Mac 16, 2010

bila sudah syok sangat.

Biasa lah aku ni bile aje dapat benda baru aku akan tumpu benda baru itu sampai jadi lebam,selebam yang boleh macam lebam buah epal yang duk dilambung-lambung ke dinding.Pantang aje nampak benda tue nak dim screen dia ,masa itu lah aku nak ngade buat call lah,nak tekan sms lah,nak surf internet lah,nak main FB lah,nak tweetter lah,nak BBM ler dan bermacam nak lagi yang aku buleh buat dengan benda baru aku ni.

Oh ya.lupa nak cakap!aku dah stail sekarang,stail macam mana? stail pasal aku dah ader BB..hehe!Oke terima kasih kepada idola aku,pasal kerana ko pakai BB dan ko asyik perli aku kat kedai makan thai kat Flet keramat apabila aku ceroboh FB ko gune BB ko.So sekarang aku telah menjadi insan yang berguna.Bukan berguna di akhirat tapi berguna untuk 'melaro' kan aku dengan teknologi duniawi.hehehehe!


benda nie stail beb.nape aku kate begitu?


kamal seorang kawan aku yang juga pengguna tegar BB pernah sound aku kat ym.



A:"oii..ang kat mana?"

K: "aku kat Starbuck Jusco Au3,tengah minum wei".

A:"ang ym nie pakai BB ka apa nie?".

K:"aku pakai lappy lah"

A:"mana bb ang?"

K:"Tue atas meja"

A:"awat tak ym pakai bb pulak?"

K:"stail ler beb...kat starbuck kena letak bb atas meja.baru stail"

A:"B^*%$#..ler stail,konon!,,hehehe".


itu lah stail yang aku duk maksudkan dari tadi.kalo korang tak puas hati korang pi sound kamal,jangan sound aku pasal aku cume cakap ape yang kamal cakap aje.nak BBM number kamal buleh jugak,BBM aku dulu nanti aku kasi pin number BBM kamal kat korang.Cuma jangan BBM dia time dia kat saba.nanti dia ngamuk pulak pasal tak buleh nak menikmati lamb kabsah.


tapi bile sudah syok sangat pun tak best jugak kan pasal bile pada satu pagi ahad yang lepas bila bangun tido aje aku pelik apasal rumah aku sunyi semacam je.BB aku pun tak bernyala signal merah macam oteromen yang tengah kurang power.Pasal kalo BB menyala merah makna ade ler mesej dari FB ka,BBM ka,YM ka or Txt dari kekasih hati(kalo ader ler!!).Bile tengok screen pulak simbol BIS tak ada pulak padahal line 3G nampak dengan terang kat BB aku.siap full bar lagi.


Apa yang berlaku?


'hang' kot BB aku nie.so itu yang pertama dalam kepala otak aku.So bila 'hang' maka kena lah cabut bateri dan picit semula butang on dia.kire macam reset le tu macam bila komputer kite 'hang' kat rumah.


ok kali pertama buat still sama,tak per cuba kali kedua,err still sama jugak,oke tak per cuba kali ketiga.adehhh ! still sama jugak,simbol BIS tak ader kat BB aku.


so aku surrender pasal aku fikir mungkin BIS pagi nie down kot kat CELCOM center ni.Fine!
aku pi mandi lagi baik pasal ingat nak lepak kat keramat pagi tu.lepas dah settle bersiap dah sembur perfume wangi,dah pakai deodorant spray.Kunci pintu rumah dengan baik dan berjalan menuju ke kereta raser teringat pulak nak call sahabat kat keramat pasal nak tahu lokasi mereka kat mana.


kawan yang aku nak call ni ade lah lelaki.tapi yang angkat call ader lah perempuan dan perempuan itu dengan nada yang baik telah memberikan aku sedikit nasihat pasal jumlah bil telefon yang aku gunakan dan apa tindakan yang pihak mereka telah lakukan.


oke so sekarang aku paham sekarang nape BIS aku tak on pagi ni.aku istifar banyak-banyak sambil Harap Blue Cube alamanda bukak,kerana blue cube alamada adalah destinasi pertama aku hari ini.


Damn macam mana aku buleh lupe bayar bulan ini!