Selasa, Januari 05, 2010

3 series

aku teringat perbualan kat FB antara aku dengan 2 orang kawan aku time belajar kat sekolah teknik dulu(yer aku budak teknik kuantan 1...).Dulu semua nie masih budak-budak lagi,suboh setiap hari kompim kena bangun g solat kat surau,pasal kalo tak g solat kompim cikgu yusop datang bawak rotan dan lakukan aktiviti menebas di setiap dom.Kekadang time prep malam lak biler raser bosan je terus 'fly' ikot pagar belakang sekolah,yerlah mana tak 'fly'nya pasal time tue sekolah aku tengah bina bangunan baru so pagar kat belakang tue kena roboh ler pasal nak bawak masuk barang pembinaan oleh kontraktor.Kami nie student asrama hanya menumpang rezeki aje.tempat yang paling utama kami 'fly' time itu adelah cybercafe,maklumlah time tu internet dan chat kat komputer nie baru nak naik.aku pun first time kenal komputer time tu jugak lah(naiffnya aku) so kire aku stail gak lah time tu erk(lalalalala..).lepas tue kalo hari jumaat lak lauk makan tengah hari yang wajib kat dewan makan adalah hati ayam,so sepanjang setahun bersekolah kat situ setiap jumaat aku akan makan hati ayam lepas balik dari semayang jumaat! cisshhhh sapa lah punya bangang yang setup menu tue pn aku tak tahu.(bodo punya orang...)

tapi sekarang semua dah berkarier yang hebat,semua dah jadi orang yang berguna(yang ini was was sikit, perkataan ni).semua dah ade hidup sendiri,ader yang dah kahwin dan dapat anak sorang,dua orang,tiga orang,empat orang, etc,ade jugak yang bakal berkahwin tahun nie ke tahun depan ke dan ader jugak yang masih mencari (cube teka aku kat part mane dlm kes nie.. :D ).So bagi orang yang masih mencari nie maka topik perbualan mereka tentulah pasal bile nak kawin nie.Sampai ade yang mengaku bahawa umur mereka masih muda lagi,so tak apa tak kawin lagi.Ade yang kutuk member sendiri dah tua dan tak kawin lagi padahal umur tukang yang kutuk pun sama je dengan umur orang yang dikutuk(dah nama satu kelas dan satu sekolah..nak lain cm mananya umur nie...tak paham aku).tapi yang penting kat sini aku nak kata kat korang(semua kawan aku yang satu sekolah dgn aku dan satu batch form 5 dengan aku).satu je aku nak cakap.

Sedar lah beb..umur korang dh nak dekat 3 series ler..bile nak kawin?

hik hik hik hik



oh ya lupe nak cakap.aku baru tahu yang adik perempuan bos aku ader lah satu batch dengan aku kat sekolah teknik kuantan.Dah ler minah tue aku dh kenal lama sebagai adik bos aku,pasal dia selalu datang opis aku.tapi nape aku tak kenal dia sebagai budak batch aku erk?



duhhh! aku nie pemalu ke kat sekolah sampai tak kenal batch sendiri nie? kompius aku...

5 ulasan:

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

belog anda ini sangat bertuah kerna shaye sangat rajin komen. hik hik hik =D

perlu berbangga dgn itu ya adik-adik


its oke lah kan. yg selalu malas bangun nak p sholat tu. yg selalu fly dulu2 tu. walau slalu makan menu sama pun

skng dah jadi insan yg bergemerlapan kan? hik hik hik.



tapi satu je soklan shaye ?


bila mauuu kawen ni. 3 series da mau dekat. bwek.

NomborSebelas berkata...

hoola..sgt berbangga oke bile u sudi lawat belog saye!~

bile nak kawin erk?so bile awak sedia..lalalala

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

eh eh kenapa tanya shaye ?

ada kaitan kah ?

NomborSebelas berkata...

mesti ler ader kaitan..kalo tak der kaitan takkan saya tanya..wek wek

JMR berkata...

hahah..samala..aku pon kekdg batch sndr pon tak cam..nak wt camner kan...