Isnin, Mei 17, 2010

Mencari cinta cikgu

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900. Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah."

Masuk opis waktu kerja WP3 sebelum pergi pekena teh tarik dengan roti canai kat anjung ,aku dengan tekun belek-belek data cikgu yang ade dalam database eg-tukar,ade budak praktikal yang cun kat opis tegur aku ucap selamat pagi,aku buat dengar tak dengar.bukan sombong,tapi buzi melakukan sesuatu.

*kad pengenalan - ada!
*alamat terkini - ada!
*no telefon - ada!
*negeri kelahiran - ada!
*sekolah mengajar - ada!
*status pasangan(single) - ada!


* gambaq - tak ada??? - bab ni kantoi sikit sebab kalo buat hati kering pun payah ni pasal akan berlaku 2 kebarangkalian.


sama ada aku kecewa atau cikgu tu yang akan kecewa dengan aku.


************************************************************************

Mood warna pelangi terus bertukar jadi warna kelabu taik ayam hutan,aku rasa kalo aku pergi perkena teh tarik dengan roti canai lagi bagus.





ps:/aku benci blind date.

ps:/hunnybunny.tengs sudi layan kerenah me malam tadi. i noe u noe y kan.

Ahad, Mei 16, 2010

cikgu yang amat rock kat Malaysia


Teringin menuntut ilmu dengan cikgu ini.Kalo dia ajar addmath,fizik,and kimia kompim aku sekarang kat ireland tengah buat medical sambil flirt awek tanah merah.

 -------------------------------------------------------------------------------

by the way.Selamat Hari Guru kepada semua cikgu kat Malaysia.kalo ade rotan buluh panjang ke pembaris panjang ke bawak-bawak lah simpan hari ni.Tenang je lah kalo ada budak lompat pagar pergi beli aiskrim kat depan sekolah tu atau malam ni budak asrama tak turun solat magrib,pasal hari ini adalah hari anda untuk bergumbira.

--------------------------------------------------------------------------------

Ini bekas anak murid anda sekarang sudah pandai berblog.Hasil daripada aktiviti fly waktu malam masa prep.



ini salah anak murid.bukan salah cikgu yer~

Khamis, Mei 13, 2010

anak melayu main badminton

Kekadang bile tengok brader nie main aku rase macam nak ambik air sembahyang dan terus buat solat hajat mintak kasi kuat sikit semangat brader ini untuk pukul bulu tangkis.

peluang untuk menang yang aku perhatikan selama ini macam ikut mood.

kalo cerita tentang satu team bergu tu payah sikit lah nak cakap.Kalo dengan kipas sendiri pun nak ajak bergaduh.

Dah 2 kali aku raser teruja kat awal game,teruja macam ni lagi sedap dari teruja pegang tangan awek time kuar dating,then lepas tu bila masuk game ke 3,aku raser bangsat sangat,bangsat macam ini raser macam terpegang tangan makcik cleaner kat dalam tandas pasaraya.

Hang pa pikir lah sendiri.


Aku harap jumaat ni china kena titik dalam 3 tiang dengan budak malaysia,nak kata 5 tiang karang korang kata aku takbur pulak,aku malas nak cari gaduh sesama kipas.

Tapi kalo nak hampa kan harapan aku ni tak apa lah.



Aku nie hanyalah peminat bodoh je badminton kat Malaysia ni.








ps:/sorry tak dapat nak jawab pertanyaan kat shoutmix dgn kat komen.nanti aku akan cuba balas semua,aku skrg buzi sangat lately,tgk lah entry pun tak banyak bulan ni.Aku baca semua apa yang hangpa tulis. jangan risau erk and ya aku bekas budak PUO kelas DIT yang grad tahun 2004 bulan dua belas.

Sabtu, Mei 08, 2010

kahwin season 2

Semua dalam gambar ni dah separuh yang bernikah atau berkahwin.
bulan 5 dengan 6 ni season 2 kenduri kawin budak-budak dalam gambar nie.Kahwin kat sini maksudnya bukan main kahwin-kahwin budak-budak bawah pokok.

Ini kahwin serius.

Aku tengah duk fikir nak kasi stokin apa lak kali ni,dulu dah kasi perisa strawberry,pastu dah kasi perisa pisang,pastu perisa tembikai.Mungkin kali nie perisa cokelat lak kot.

Ishh kalo kepala pedajal orang nie memang tak habis makan kalo fikir ni.

tas 26/5
ad 5/6
amyzan 26/6
farid 10/10

'ko bila pulak?'....

perhhh!! nasib baik aku dah prepare selit pisau potong ayam kat belakang seluar aku.

Susah jugak nak berprasangka baik kalo orang tanya soklan macam tue.