Khamis, Disember 30, 2010

Anak AFF 2010


Malam tadi Malaysia menang game lawan bola dengan Indonesia.Game malam tadi aku tengok kat tivi LCD skrin besar depan Istana Keadilan.Bila lepak sana dah macam dalam stadium bukit Jalil pulak.Ada mercun,ada flare,ada gendang,ada jual mafla,ada jual jersey.ada jual burger,ade jual air dan juga ada brader polis yang setia jaga penonton.
Malam tadi aku syak sukan badminton,hoki,carom,tikam nombor ekor dan tikam nombor kuda,semua tak boleh cari makan.Semua kena lipat, taruk tepi dinding pasal kasi laluan kat bola sepak.

Ramai tak ingat, orang malam tadi sampai kalo tenuk lalu pun boleh mati kena pijak dengan orang yang ada kat situ.Tapi yang paling manis sekali,Semat betui aku tengok si shafiq tu angkat Piala AFF.

Orang indonesia pulak,angkat muka sudah lah.Laser tu kasi simpan kemas-kemas dalam laci bilik tidor.Lagi 2 tahun baru angkat guna balik.Penjaga gol jenis manja mengalahkan puteri lilin.

[,]


Malam tadi jugak aku dapat anak sedara baru,adik aku baru lahir anak dia kedua.Seorang baby lelaki.Aku syak sekarang musim lelaki kot.Pasal budak opis aku pun dapat anak lelaki jugak hari isnin lepas.
Alhamdulillah,dapat anak buah AFF.
Kalo adik aku terberanak dalam kereta suzuki,aku rasa peluang tuk baby nie disponsor kereta suzuki seumur hidup kompim ada. 

Lepas ni aku fikir nak panggil nama glamer anak buah aku pakai nama 'uki'. 

keh keh keh


hai saya uki !

Khamis, Disember 23, 2010

Futsal



Malam tadi aku bersukan semula.Main futsal,lepas dekat 3 minggu gantung kasut futsal adidas aku.Pasal sekarang musim hujan kat putrajaya.Jadi venue kena tukar dari putrajaya ke equin park.Kena jalan jauh sikit untuk bersukan.Duit pun kena bayar lebih sikit untuk dapat bumbung lindung dari hujan.

Bila main futsal kita kena kental.Hati mesti kering.Jangan kasi peluang.Kalo ada pemain lawan kat depan,kena bijak gelecek.Mesti bijak curi bola dari lawan,akal tu kenalah pantas.Masa rembat bola,kena tendang kuat sampai tertanggal glove keeper yang jaga gol.Kalo nak lagi art lagi,kasi keeper tercampak masuk sekali bersama bola dalam gol.Itu memang true main bola,bukan main bola cara budak-budak.Tapi kalo tak kena keeper kena pada pemain kat depan keeper pun sudah dah kira baik,paling tidak dengar pemain tu menjerit kesakitan.

Itu sudah satu kepuasan.
Ingat nasihat ini.


Kalo banding dengan sharul idlan talha,aku rasa setaraf.
Ini serious,bukan tipu-tipu.


[,]


Berihitam aku memang kurang ajar.Boleh kong pulak bateri waktu aku keluar main futsal.

Akibatnya aku tengah terima geram seseorang dari malam tadi.Call tak angkat,sms tak layan.Mintak maaf rasanya dah mintak dah.


Kalo ganas main futsal pun.Taman dalam hati kena ingat selalu siram jugak.
Ini nasihat diri sendiri.



Isnin, Disember 13, 2010

Cokelat Dewasa



- ehsan dari google -


Kompim Cokelat macam nie tak lepas Lembaga Penapisan Filem untuk dimakan di Malaysia.
Kalo nak di klasifikasikan kan pun mungkin akan jadi Cokelat 18PL.
Budak bawah umur Wajib kena haram memakannya.Tiada Kompromi !

Itu belum kira kalo dibuat sebagai salah satu dari dulang hantaran kawin. 

Mantap !

kah kah kah kah.
*ps/: awak..saya rasa nak masukkan ini lah dalam dulang ke 7 tu untuk kita nanti..amacam?




Jumaat, Disember 10, 2010

Modem Streamyx




Layanan khas yang aku kasi kat modem streamyx aku.Satu kipas aku pacak kasi betul-betul angin kena tepat pada modem untuk kasi sejuk.

Sekali sekala kena lah jaga modem kita dengan baik.

Modem ni nak kena jaga dengan baik,pasal takut dia jahanam masa tengah chat kat fesbuk dengan makwe.

Kalo dalam bab fesbuk ni,kita kena tegas dengan diri sendiri,tak boleh bersikap acuh tak acuh.Orang melayu kalo tak ada fesbuk,memang bukan true melayu.

Kalo ada fesbuk,boleh buat aksi 'tag' gambar.Pasal tu lah dekat wall penuh dengan sampah 'tag'.Lepas tu boleh juga kalo nak tampal kat wall, video hebat tentang makwe yang lebih gersang pada KLCC berbanding pakwenya.

Pandai tak cukup ilmu nak nyusah kan orang lain.



ye dak?


Isnin, Disember 06, 2010

From Bandung with Love



    [ kutu yang Lupa Dunia bila bershopping ]


Badan letih.Otak keliru.Hati rindu.Jiwa tertinggal di depan kaunter MAS di Bandara Husein Sastranegara International.Lebih tepat lagi adalah depan peramugari Garuda Air. Hati kering seorang remaja belia 4B pun cair macam aiyaq batu !

Tengah syok sesak dalam angkut-angkut dengan makwe-makwe Bandung macam sinetron kat dalam tb3,sempat pulak ada kutu buskers yang lompat naik bertenggek sambil nyayi lagu Demi Waktu form Band Unggu dengan petik ukelele je.

Kalo kat Kuala Lumpor memang aku tepis keluar benda ini .Tapi kat sini aku kasi kelonggaran,suara kutu tu memang true habis.
Kalah budak AF8..sapa tu namanya? errr shahir ke shuhir tu.

[,]

Bila balik Malaysia,masing-masing duduk pandang dalam fesbuk.Kami share sikit pengalaman kami dengan kutu-kutu yang gagal pergi. 
Hidup kena adil ! 
Seminggu non stop, what's on your mind tu keyword dia adalah badung,itu perkara biasa.




Aku rindukan Badung.ehh silap! Kami rindukan Bandung.


Next trip Hatyai...amacam? 
*sambil kira syiling,sisa-sisa yang ada dari bandung.