Khamis, November 25, 2010

Undi Pakai Like Facebook


link kontest kisah cinta


Semalam kawan pejabat aku ada hantar benda ini dekat wall fesbuk aku.Err maksud aku mamat yang atas tu,bukan mamat yang soklan bertanya pasal paper akuu tu..itu lain cerita.

Tunang dia ada masuk kontest yang dianjurkan oleh CST Production.Kompeni milik anak melayu zaman DEB yang kita boleh banggakan  berbanding dengan anak melayu yang susah nak pilih antara KLCC dan pakwenya ditepi jalan yang sedang jem.Itu celaka.


Aku fikir tak perlu aku nak arahkan korang 'like' yang mana satu.Tapi make sure yang peserta no 6 tu perlu termasuk jugak dalam 'like' korang.


Kalo kawan aku menang,boleh jugak aku join jadi pelakon sampingan.Sekali sekala berlakon dalam tivi pun macam boleh buat manusia lupa diri.Manalah tahu lepas tu aku nanti akan jadi lagi fofular dari fahrin ahmad ke.


'" ; "


Ayat aku kat atas ni dah macam 'ayat' ajak orang join MLM pulak aku rasa.Hampeh....

Selasa, November 16, 2010

Sekali Dalam Setahun


16 November merupakan hari ke-320 (hari ke-321 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 45 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
  • Hari Toleransi Antarabangsa
  • Loy Krathong di Thailand.
                                                                                                                            wikipedia


Dan hari ini pulak, tiba giliran hari jadi aku.
Kalo ada hati nak gugat keimanan aku dengan macam-macam hal.


tak pa,


aku tak simpan dalam hati, pasal aku bertoleransi hari ini.

Isnin, November 15, 2010

Pusing Kuala Lumpur



Malam sabtu lepas aku terpaksa parking kereta buatan malaysia aku kat luar apartment.Selama ni syok duduk bawah bumbung,malam tu kena duduk bawah embun.

Dasar penduduk apartment,parking kereta pun dah jadi lebih 'hot' dari goreng pisang tepi jalan.Tapi pasal aku memikirkan besok aku nak berjalan ke kulompo.So apa yang berlaku tu aku tak berkira sangat.

Tengah hari sabtu aku masuk kereta dengan pantas,sambil bukak cermin kereta luas-luas dan hidupkan terus enjin kereta.

Hari ni bergerak dari putrajaya ke sungai besi, then singgah masuk Mcd kat sungai besi untuk lunch.Kemudian gerak terus ke jalan istana,terus ke jalan mahameru then masuk ke pwtc pusing kat jalan chowkit dekat 3 pusing pasal salah masuk jalan itu belum kira dengan jem lagi tu then gerak ke jalan bukit keramat lalu jalan tun razak depan pekeliling depan istana budaya dan masuk ke jalan semarak.Lepas puas melepak bersama kutu kat bukit keramat,gerak pula ke midvalley guna jalan tun razak ,ke jalan mahameru lalu depan parlimen,then lalu tepi KL sentral dan masuk ke bangsar ,lepas Putra Bangsar sikit ambik kiri ke MidValley,Kat MidValley pulak kene tawaf 3 kali pasal salah masuk jalan.Damn ! pelik macam mana asyik boleh salah masuk jalan,aku pun tak paham.

Lepas puas lepak kat MidValley masa berjalan balik ke kereta sambil lalu ikut belakang kereta,baru aku perasan  perkara yang mengaibkan pada kereta aku.

Dalam kepala terfikir kat mana silap semua ini , sambil tekan minyak rapat ke lantai untuk balik ke rumah  guna jalan yang memang dijangka kereta biru kuning & putih tidak akan muncul.

Sampai apartment,tengok kawasan parking kereta siang tadi,baik punya no plate kereta tergolek kat tempat parking.


Punyalah konfident tak hingat ,satu kulompo aku pusing dengan tak ada no plate kereta. Asmawi Hani pun aku rasa tak pernah buat macam aku.






hati kecil maki hamun bertiang-tiang pada hati besar.
satu rekod terburuk sepanjang memegang lesen full memandu kenderaan.


Jumaat, November 12, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Tersayang




Video kitab lama ini menceritakan segalanya.....
.
.
.
.

Khamis, November 04, 2010

Kerja Paling Susah



Sejak akhir-akhir ini, jiwa lelaki aku ada terdetik nak cari 'maid'. Bukan terdetik saje, sampai kadang-kadang paper pun boleh dikira menjadi sahabat baik aku, ini semata-mata nak baca ruangan iklan kat dalam paper.Itu belum kira lagi mimpi aku dapat setiap malam jumaat. Cuma belum sampai tahap je lagi nak upah konsultan imej untuk nasihat aku.


Kerja rumah ni kalo kita tunggu besok,besok tak akan jadi.Kalo tunggu minggu depan,minggu depan pun mungkin tak akan jadi.Kalo tunggu bulan depan,haram jadah memang tak akan menjadi langsung.


Bila sampai masa mencari spender kaler merah dalam timbunan kain untuk dipakai ke pejabat pun memakan masa hampir 1 jam.


Jiwa jantan maskulin aku memang tercabar habis.

Cilaka kan !



Selasa, November 02, 2010

Mengganggu Imaginasi


Lepak sambil mencangkung dalam bilik yang bersaiz 3 kaki lebar dan 6 kaki panjang.
Memang indah macam pengalaman cinta pertama, yang susah nak lupakan.

Ditambah lagi sambil  melayan blackberry membaca perkembangan terkini kelab bola sepak kesayangan ,berfesbuk dan juga bertwitter dengan makwe-makwe.
Bak kata penjajah, Multitasking.

Tertiba dengar pintu luar bilik dibuka.
Dan nampak satu Mop tengah bergerak menyapu kat atas lantai bilik.
Sambil-sambil sembur pewangi.

Potongggggg.

Dia punya potong memang sampai semua mood dan imaginasi boleh terjun masuk lubang bawah.


Aku tak pandang mudah perkara ini.




Neng.......
Kalo nak cuci tandas pun,tunggulah sampai aku selesai menyudahkan hajat.

Isnin, November 01, 2010

Temuduga Kerja Kerajaan

Sebelum masuk bilik,depan pintu.

Aku berdiri dan kemaskan blazer,butang kasi kacip semua,tali leher bugs bunny kasi kemas tersusun,tag nama kasi pacak kat blazer,muka kasi setup supaya jadi seorang lelaki yang gilakan tersenyum.

Makwe yang tengah lepak kat depan pintu duk usha aku semacam je.Maaf lah tak sempat nak tinggalkan adress fesbuk saya kat sijil awak tu erk.

Oke puas hati dengan kekemasan diri sendiri.
Barulah truely nampak macam pegawai kerajaan kelas A.

Ketuk pintu bilik 2 kali,suara halus dari dalam bilik jawab suruh masuk.

Masuk bilik mesti dengan penuh rasa hebat serta taksub gaya pemuda politik dan ala-ala gaya masuk dewan penamaan calon bagi pilihanraya kecil.
Jalan masuk bilik  juga dengan penuh kontrol supaya tidak bersepah.

Salam dengan pentemuduga sambil tanya khabar.
*Dapat tips ini dari ebook cara menghadapi temuduga kerajaan yang aku rembat dari bos kat pejabat aku.

Dapat arahan suruh duduk atas kerusi.

Mulakan temuduga.

Soklan pertama.

" Please Introduce yourself  "

Mantap punya soklan. 20 minit aku jawab,siap semua susur galur salah silah keluarga aku , aku  kasi perkenalkan sama pentemuduga ni.

Soalan kedua.

" Apakah polisi kerajaan yang anda tahu ? "

..
...
....
.....
......
.......
........
..........
..............
..................

Mula terbayangkan mak ayah,adik beradik, kawan-kawan dipejabat, makwe-makwe difesbuk, handphone blackberry kat dalam poket,soklan sejarah malaysia masa tingkatan 6, warden asrama yang rotan bontot aku pasal kantoi fly waktu malam, perodua servis putrajaya , Donut allien kat Big Hapel, Macbookpro yang ada orang tu janji nak belikan untuk birthday aku tahun nie serta lolyluvfareda dan juga ana raffali .



******


Haram jadah punya soklan..mana aku tahu ?? aku baca bab Parlimen Malaysia aje wei.
*habis berpeluh kerah keringat fikir ayat nak menjawab.