Khamis, Oktober 21, 2010

Mari Kira Berat Badan

Tiap hari,bila lepas mandi pagi je.kompim aku akan timbang berat badan aku.
Pasal setiap hari sebelum hari aku bangun tido waktu pagi,aku rasa macam aku dah tekatkan azam untuk diet dari makanan dunia ini.

Tapi setiap hari jugak mesin penimbang aku kasi keputusan yang amat mengecewa kan.

Ini aku nak salah sapa nie ? 

Mesin penimbang ke..
Tuan punya badan ke..

Tapi tuan punya badan tak boleh dipersalahkan.pasal dia memang tekun dengan diet dia setiap hari.

So kesimpulannya, bateri penimbang digital aku yang 'weak' serta kurang efisien.
So result penimbang akan menunjukkan keputusan yang mengecewakan setiap kali digunakan.


Itu hujah aku.

Khamis, Oktober 14, 2010

Hero Hikayat Melayu

Kadang-kadang aku rasa macam nak jadi badang.
Hero hikayat melayu tu.

Tapi aku tak nak jadi badang yang agak sombong,bila jumpa makwe.
Sibuk duk rungsingkan pasal tali jerat dia.
Apa barang macam tu,baik usha makwe lah.

Lagi best dari usha tali jerat..

Kalo aku jadi badang, aku rasa aku tak nak cekik Jin kat dalam sungai untuk ambik muntah.
Kalo nak jadi kuat,aku teguk aje muntah yang aku dah simpan dalam botol kat pondok aku tu.

Takat nenek kebayan tu,senang-senang aja aku campak ke luar tingkap.

ehh....

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba aku  dengar diana denielle duk nyayikan lagu penyembuh rindu untuk aku.

♫♫♪♫  Adakah kau berada di sana..Ku dapat rasa kehadiranmu..Walau hanya di dalam kalbu..Ku merindumu selalu..Pelik juga tapi ku pun rasa..Bagai kau berdiri disisiku..Terkenangkan waktu ketika..Berdampingan bersama-sama ♪♫

Wow...memang true betullah hero hikayat melayu ni.


Ahad, Oktober 10, 2010

Benda Pelik


sapa tahu apa nama panggilan buah ini?

aku dan cik sayang dah berhari-hari duk bertegaq akan nama buah ini.
keputusannya masih lagi seri.

sapa yang tahu tu mintak tolong kasi buah fikiran sikit kat kami.

tapi kalo tolong tu kene ikhlas lah.baru lah true namanya.

Khamis, Oktober 07, 2010

Jiwa Raga dan Duitku

Dah lama tak makan kat Restaurant Saba.
Pasal En.Nash yang ajak,aku pun dengan gembiralah menemankannya.

Sampai kat parking bawah saba dataran jelatek,macam biasalah.
Semua parking kat KL ni kalo tak membayarnya memang tak sah.Cuma parking kat masjid aje kat KL ni yang free.

Tempat lain,memang kapitalis habis.

Depan mesin tiket,aku dengan penuh gaya lelaki maskulin kat kolumpo tekan power window  cermin kereta untuk turunkan cermin dengan penuh perasaan lapar kat dalam perut. 

Cermin turun sampai habis.kira sampai ke dasar yang dia boleh pergi.
Hebat kereta aku.
Ambik tiket.
Palang depan mesin kasi angkat.
Kereta lalu dengan selamat bawah palang tanpa sebarang ensiden.
Tangan pada masa ini tekan power window cermin untuk menaikkan balik cermin sambil dengar lagu kanda adinda kat hotFM.

tekan.tak naik
tekan.tak naik.
tekan.tak naik.

cilaka !

Baru minggu lepas aku kasi hadiah good year ducaro kat depan duit bijik.
Rasanya ada bau kedai lagi tu.

Nie cermin pun mogok nak jugak?
Kalo tak dilayan karang,bahaya pulak.Tingkap dah kasi bukak habis.Bukan bukak sikit.Kalo bukak sikit aku rasa boleh bawak bincang lagi.

Balik rumah aku cari kelendar bulan Oktober.
Owh sekarang baru 03hb Oktober erk.




Memang aku makan strawberi bulan ni.


Isnin, Oktober 04, 2010

Dia Bermain Dengan Sangat Kasar


Kasar sungguh gurauan ini.

Budak-budak abad sekarang ni,kalo bab bergurau memang pesen kasi hangat satu badan.

Ini baru zaman depa remaja,kalau masa depa tua nanti tak tahu lah apa lagi yang depa akan ekpressi kan atas table tu.
Silap-silap arah mahu masuk muka depan harian metro edisi Ahad, kisah budak kena gantung kat tiang bendera dataran merdeka.





ps : kesian Liverpool aku yang kena chicken dance kat bawah tu.
       sudah nyaris nak dibacakan  yassin dan talkin ni.

       sabar erk sayang,i lap u !