Khamis, September 23, 2010

khidmat pengiklanan


Taktik pengiklanan mencari pelanggan abab ke-20.

amat stail kan.

* * * * * * * * 
Kalo nak cari pelanggan pun,rilek-rilek lah brader.Jangan sampai ke cermin kereta orang pun boleh menjadi papan iklan yang tidak berlesen.Flyer ini aku dah terbawak kat wiper kereta aku dari Putrajaya sampai ke Keramat.
Kalo lah ditakdirkan hujan,tak ke berlaku kecacatan pada prestasi cermin kereta aku.

Habis tunggang langgang reputasi aku kat depan awek yang jaga Tol Sungai Besi.
Itu belum kira lagi dengan awek yang pura-pura stailo yang naik motor ego.

Nak buat macam mana,nasib aku lelaki,kalo aku ni pompuan aku rase kebarangkalian tinggi jugak bunga rose dan surat cinta akan diselitkan kat wiper aku.
Biasalah,itu lak namanya pesen mengorat zaman sekarang.

Tapi tak apa lah,Bisness punya pasal.Asal boleh sangkut,kita sangkut aje.Orang yang kena sangkut tue marah ke tidak,itu belakang kira.


ye dak?..

Isnin, September 20, 2010

aku,pisau,air paip dan sotong

Sejak mula terjebak dengan sudip dan kuali ini.Aku rasa macam kena rasuk pulak.Pantang nampak je,kompim rasa nak menggoreng atau merebus atau jugak menggulai.

Dulu kalo takat masuk dapur tu kompim hanya untuk bukak peti ais,semata mata nak ambik air ribena je.
Atau kekadang masuk dapur tu hanya sekadar jalan pintas untuk ke mesin basuh di ruang sidaian untuk basuh baju.

Aktiviti dapur ni senang je.Bukan payah pun.Beli bahan mentah,potong bawang sikit,potong halia sikit dan campaknya dalam kuali.

Nah..kan dah masak.

Ayam dan ikan.Tak payah nak susah-susah nak  potong ke, nak buang perut ikan ke, suruh je brader kat kedai tu yang buat.Kita balik umah just lumurkan dengan kunyit je,lepas tu terus masak.

Settle !!

Bab ikan dengan ayam aku boleh handle.
Tapi bab sotong nie aku problem.Err..macam mana nak handle cecair hitam sotong nie?


masuk nie dah 5 kali masakan aku menjadi hitam.

sadis..............serious aku cakap !!!

Selasa, September 14, 2010

salam raya ikhlas dari hati turun ke belanga.

Dah lama dah berehat.sejak sambut ramadan sampai sambut syawal.bukan apa.saja nak kurangkan sikit dosa dan tambahkan sikit pahala yang ada.

Ok lepas ini aktiviti kedai akan diteruskan seperti biasa,sama seperti sebelum bulan ramadan hari tu.

OOhh..eg-tukar dah bukak untuk pertukaran bagi Jan 11.So kalo nak pindah tu,sila-sila lah isi,tapi kalo tak puas hati tu.Jangan lah luahkan kat dalam paper hurian,mutra or kosmet.Kesian lah kat kami ni team pembangun sistem tu.Penat tau kalo tak tido berhari-hari semata-mata nak provide kemudahan untuk anda.Kami nuetral,percaya lah.
Tak puas hati,terus cerita kat kami.Kita boleh settle kat atas meja,bawah meja,dalam gelanggang or kat luar gelanggang.

No hal,kami tak kejam.

lastly

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR kat sesapa yang tak kenal saya dan saya juga kurang mengenali anda
dan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN kat semua kawan-kawan saya yang kenal saya dan saya kenal anda seadanya.

to awak yang ngaku single tapi sayang saya sangatt tu...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN
sepanjang perbuatan saya dalam mengenali awak.sama ada sedar atau tidak perbuatan saya itu.
Trust me.Saya betul-betul ikhlas terhadap awak..sayang.