Isnin, Ogos 02, 2010

salah sebut dan salah cakap

Setiap kali ade sale kat shoping kompleks kat kuala lumpur ini,aku dengan kawan aku akan pergi memeriahkan suasana.Tak pa lah kalo takat wallet dalam poket seluar ada cuma dalam RM10.Yang penting nafsu dan hajat dapat dilepaskan.

Orang kata tak baik kalo halang kehendak orang yang bekehendak.

Buruk padahnya.

Tapi kali ni pasal aku kekurangan seluar untuk ketempat kerja.Maka aku gagahkan diri ajak kawan aku turun sama pergi cari seluar yang menarik,seksi,mantap dan anggun.Biasalah asyik pakai seluar yang agak lusuh ni kekadang awek kat putrajaya tengok pun agak bosan jugak kan.KG betui mamat ni.

Itu lah pasal kekadang bila aku suwit-suwit kat awek cun yang balik beli makanan tengah hari dengan niat untuk dapat no telepon atau paling sengkek pun akaun fb ,boleh lak makcik clearner  yang tolong sahut.

astaghfirullahalazim..ngucap panjang!

Kali ini pencarian aku senang,tak banyak kisah tak banyak hal.masuk je kedai terus jumpa satu paten seluar yang aku rasa tak pernah ada dalam simpanan almari aku.aku ambik  saiz yang sesuai iaitu saiz 29 ( sila percaya! ).Then aku masuk dalam fitting room.

Perh mantap,sekali pandang macam abang KJ lah.memang anggun kalah hero remaja melayu.

Tapi ade sikit kecacatan iaitu panjang seluar ni terlebih .Manusia yang tinggi 1.90cm sesuai lah  kalo panjang ni.Aku nie pendek je,tinggi ala-ala lelaki melayu yang metroseksual kat kuala lumpur ni.

so aku pun panggil amoi yang inchange bahagian seluar ini.
"miss boleh potong sikit kaki seluar ni tak?"

"boleh,tapi kena bayar dulu"

oke.Aku pergi settle kan bayaran,then aku kembali cari amoi tadi.

"miss,ini potong kaki seluar nie erk"

"ok,tapi u kena tunggu 15 minit aa..."

"ok"

"mari ikut saya"

Amoi ini bawak aku pergi ke mamat lelaki cina yang agak stailo sikit yang tengah syok potong kaki seluar orang lain.

"生则只能担任普通党员.." 

sound amoi kat mamat tu.Aku berfikiran baik,mungkin amoi tu suruh mamat ni potong kaki seluar aku ni.

then mamat tu ambik pita pengukur dan mula ukur kat kaki aku.
"高教部深入探讨.." aku dengar mamat tu cakap.Aku diam sambil usha mamat tu buat kerja.
lepas tu mamat tu cakap lagi  "我们考虑只允许参政.." then dia usha aku,dan aku usha dia.

lepas 2 minit mamat tu membebel sambil usha aku,baru aku dapat tangkap.





Cilaka.

muka aku nie macam Ekin Cheng sangat ka? 
susah betul lah kalo pakai muka chinese look ni.