Ahad, Julai 25, 2010

Sibuk

Kadang-kala, kalo sampai masa untuk aku sibuk dengan hal-hal duniawi.



Aku rasa nak KENTUT pun tak sempat....

*
*
*
*
*
*
*
*

dunia dunia.

Rabu, Julai 21, 2010

Perumpamaan Baru Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka


Dalam maksud ni.
Kalo pandai tafsir boleh membawak kepada salah satu dari 2 perkara.

kebaikkan dan keburukkan.

*****

Stail kan bahasa melayu sekarang.
Aku doa tadah tangan bila sampai waktu Wawasan 2020 nanti,melayu tak akan layu.

Tetapi akan makin 'SELARAS'.


Selasa, Julai 20, 2010

Duit

[  Ahad,pukul 10.00 pagi. ]

Mengadap sembah depan CIMB sambil tekan dengan penuh tawadud angka RM100 sebelum memulakan hari hujung minggu.


[  Ahad,pukul 10.00 malam. ]

Belek dalam wallet tengok ada cuma sekeping RM5  kaler hijau yang masih teguh dan tekun duduk dalam wallet.
Selamat jugak RM 5 nie.


Perasaan hati?


Macam celaka.

Kalo bab memanjakan diri hujung minggu ni,memang pesen tak pernah nak insaf dan sedar diri .
Semua ni salah MidValley,Jaya Jusco,Alamanda,Low Yat dan juga Saba Restaurant.

********

Bukan salah aku.....

Jumaat, Julai 16, 2010

Kadang aku pun tewas jugak


Aku baru teringat satu puisi.Puisi dari cerita indonesia yang hebat lepas milinium.Aku kira ini cerita pertama indonesia yang dapat buat aku hilang kewarasan untuk gasak komputer pentium 3 hadiah dari ayah aku agar pusing cd cerita ini 7 hari berturut-turut.

Sapa yang tak tahu puisi ini memang tak true peminat cerita indonesia.


* * * * *

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........
 
* * * * *

sapa yang tahu tu,diam-diam sudah.
kalo tak puas hati tak pa, kita kautim bawah meja.
 
Apa susah.......

Rabu, Julai 14, 2010

Bapa Moden tahun 2010


Kawan aku nama giant baru sahaja dapat anak lelaki.Ini anak pertama untuk isteri  yang pertama.Dia punya gumbira,korang jangan pandai-pandai nak agaklah.
Memang kompim kalah brader yang gumbira dapat menang Power Root RM 1,000,000.00  tahun lepas.


" Lepas ni aku nak suruh anak aku masuk program imam muda lah.. " giant bercakap dengan nada gumbira gaya seorang ayah muda kat aku yang tengah syok sedut straw kopi ais.


Dalam kepala otak aku,terpikir akan perangai gila dan aktiviti tidak sehat yang pernah kami lakukan ketika dia bujang dulu.Kalo nak kira,memang banyak jugak,kalo nak ukur memang berkebun-kebun durian  jugak jahatnya.


" So lepas ni ko nak anak ko panggil ko apa...daddy..papa..abah..walid? " aku cuba memeriahkan suasana kat kedai mamak tu.

" Tak..aku tak nak dia panggil semua tu.. " giant balas dengan angkuh.

" Habis nak panggil apa?  " aku bertanya lagi dengan guna nada sedikit pelik sambil hirup kopi ais sekali lagi.

" Aku nak anak aku panggil aku 'bro'  " jawab giant dengan padu, ringkas, padat, serta sedikit bangga.


Aku ber istighfar panjang.

Aku pandang muka giant dengan kerut di dahi sambil berfikir,mamat ni betul ke  dia azan kan anak dia kat wad bersalin tu.

Isnin, Julai 12, 2010

Juara Yang peluk Cium Piala World Cup



Gambar ni pun dah dapat gambarkan keseronokan aku menyokong pasukan spain  untuk World Cup tahun ini.

Tak sia-sia usaha aku bangun pagi semata-mata nak tengok bola.
Aku rasa dulu masa belajar takde pulak serajin ini aku bangun waktu pagi untuk study pasal  nak ambik exam  final semester.

Hari ni  pulak aku EL,kes pasal terbabas tidor sampai pukul 9.30 pagi.Ok yang ini aku salahkan jam blackberry yang gagal berfungsi dengan sempurna pada hari ini.

Kalo boss cari aku, kompim aku masak kena menjawab.

Now tengah google ayat alasan ponteng kerja kat guugle.Nak kasi ayat yang dapat buat boss percaya aku EL bukan pasal tengok bola.

korang ade idea tak?

Ahad, Julai 11, 2010

Episod Makan - Meals Station Wisma UOA


 buku menu dia

 half boiled egg on toast

 Honey Jasmine Tea

Meals Station Wisma UOA

Aktiviti biasa bila sampai hari sabtu dan ahad bagi orang bujang serta tidak mempunyai kekasih hati baik didalam negara atau diluar negara.

Ini semua pasal adam adeham ( kalo nak kenal sila search kat fesbuk ) pergi tempat ni hari sabtu semalam dan menampal gambaq kegumbiraan dia tengah makan.

Itu dah melanggar kod etika persahabatan. 

Kalo tak kerana itu kami tak pergi.......

# # # # # # # # # # # # # # # # # ## # # # # # # ## # # # # # # ## # # #

Kesimpulan

Lokasi = Menarik,boleh santai sambil usha tourist yang 'sedap'-'sedap' duk lalu dan lalang.Ade free Wifi yang amat laju sampai leh donload lagu puas puas dan bukak microsoft exchange tanpa sebarang masalah.

Pilihan Makanan = Macam-macam sampai buleh lupa dunia.Sampai keropok lekor pun ade.Ajaib!!

Kebersihan = Kira terjaga lah berbanding dengan kedai mamak.

Khamis, Julai 08, 2010

Puyol Hantar Spain Masuk Final.


Eh..senang betul game semi final nie? 
Macam lawan budak bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Ladang Bikam jer.

Abang dan akak kipas susah mati Germany sila jawab sikit .
Jangan nak makan sotong celup tepung je....






ps:/ seafood anybody?

Ahad, Julai 04, 2010

Gaya Seorang Juara


Malas nak taip banyak.Team aku dah masuk separuh akhir ni.
kompim lepas nie jumpa belanda kat final.Germany tu kita kire menang dengan mudah lah.tak payah nak pikir banyak sangat.
Aku malas nak riak lebih sangat pasal dapat kalahkan germany.

Tapi rasa rugi pulak kat paraguay.

Pasal awek nie dah siap janji nak lari bogel kalo paraguay menang world cup.
Aku pulak dah siap booking tiket MAS ke paraguay.
Kredit card dah sampai tahap limit pun aku tenyeh lagi pasal nak beli tiket kapal terbang,

Biasalah,nak ambik seat depan punya pasal...

Khamis, Julai 01, 2010

Hari Main Air Bahagian Pengurusan Maklumat

Family day yang hanya sudi diadakan pada setiap 2 tahun sekali dah sampai dah kat opis aku.

Sabtu ini semua ahli cerdik pandai komputer dan ahli cerdik pandai pembuat sistem akan berhibur sampai lupa dunia sambil main air.

Harap kali ini main air tak kan ada sabun yang akan dilibatkan.
Kalo tidak payah aku nak menjawab dalam belog ni.

Aku rasa mungkin antara game kali ni hanya main tarik tali dalam air,lepas tu pukul-pukul orang yang dibenci atas pelampung,lepas dah puas pukul then baling-baling manja belon yang berisi air kat orang yang kita sayang.Dah puas main semua game,acara berendam dalam air tidak akan dilupakan.

Biasalah,pakej kerajaan..kan.
Kira adalah jugak daripada tak ada apa-apa.

Unsur-unsur kasih sayang tu haruslah ada sekali sekala dalam hidup manusia macam kami yang terlalu tekun duduk mengadap skrin komputer kat opis setiap hari.

Agak-agak tahun ni sapa pulak nak bawak pulang plasma 40 inci ni?
Nampak gaya kena kautim bawah meja ni,adjust kasi nombor naik...

baju family day tahun ni  
( masalah salah saiz baju memang tak pernah nak habis.. )



p/s: kena jaga budak umur bawah 12 tahun main game budak-budak...Habis rosak peluang aku nak ngorat awek yang berbikini sambil bersantai di kaki air nanti.

damn. damn. dan damn lagi