Isnin, Februari 28, 2011

Bank Dan Pinjaman Belian Rumah

Dalam monolog hidup aku.Ini baru kali pertama aku buat pinjaman kat bank untuk beli rumah.

So bila nama pun pertama kali,benda ini jadi excited yang maha celaka.Tidor malam peluk bantal duk terpikir bila lah aku nak dapat panggilan dari bank untuk ajak datang sign borang terima loan.


*

"ok encik..ini surat tawaran pinjaman untuk loan yang encik mohon tu..boleh tengok dulu untuk periksa and then boleh sign"

aku pun tengok buat-buat macam aku terer dan bijak dalam hal pinjaman ni.

"Err harga rumah saya nie RM239K ke? superb mahal betui rumah saya.." sound aku dengan tegas kat brader yang handle loan tu sambil sepak kerusi makwe kat meja sebelah.

"Aaah..ok encik,ini lah yang spesel sikit pasal bank kami." brader tu bukak cerita.

"Encek punya loan nie pakai loan islamic.....bla bla bla..beza islamic dengan konvensional..bla bla bla..fixed value tak kira kalo time blr jatuh ke blr naik..bla bla bla..." sembang brader loan ni makin menjadi lebat.

Siap lukis graf berpaksi x dan berpaksi y.Habis semua pasal BLR,pasal Rate pasal tenure dia cerita.Dekat 20 minit jugak aku belajar ilmu perbankkan ni.

Aku layan sambil ternganga dan mata terkebil-kebil.Dalam masa sama berada dalam mode Blur sambil  termimpikan karipap.

Kurang motivasi betul aku rasa sekejap.

Kenapa lah masa sekolah dulu aku tak ambik prinsip akaun.Paling kurang aku ada asas jugak nak bertekak ape yang brader tu sembang.



Menyesal aku tanya lebih.Kalo aku sign je dari awal kan senang jer cerita ni. 

Rabu, Februari 23, 2011

klik klik klik


Aku bukak tengok blog .
 

owhh..seminggu dah tak update.

Ok aku cuba fikir dah sampai masa aku tulis benda-benda sikit.
So aku cuba klik pada new post.Lepas tu aku pulse kejap sambil ketuk-ketuk jari atas meja opis aku.Aku Usha-usha dinding tepi meja aku.

Hurm takde gambar juliana evans.

Aku jadi rasa Hampa sikit,

Kembali guna jari untuk ketuk-ketuk  atas meja opis balik.

bangang bangang bangang! 



Aku rasa aku kena kawin ni.Kemampuan menulis ni dah makin tandus.

Jumaat, Februari 11, 2011

Bos Aku Pesan.


Antara yang bos aku membebel masa mesyuarat unit aku, rabu lepas.

Dalam waktu kerja,jangan nak buat benda pelik-pelik.
Benda tak boleh buat seperti tak boleh main game,tak boleh berniaga online dan tak boleh tengok movie.
Kalo gersang sangat nak buat jugak benda tu,Bos aku pesan suruh buat waktu time rehat aje.


Aku duduk belah belakang dengan tenang, sambil makan nasi lemak dan air nescafe.Makanan rutin yang disediakan bila orang gomen ada mesyuarat.Bab makanan ni memang pesen sejak dari zaman kerajaan parti perikatan lagi.

Tapi bagi aku, biasa lah.bos bebel berlori-lori pun,anak buah yang bawah nie memang payah nak ikut.

ye dak?

Dari saat itu aku rasa aku makin kerajaan.


Isnin, Februari 07, 2011

Dugaan Menabung

Aku kira berhajat bulan ini,aku nak kasi sedap sikit kereta aku.Plan ingat nak setup kasi dapat feel macam kereta Audi A4.

Barulah urban sikit.Itu belum kira lagi kalo aku taruk dekat picture profile fesbuk.Kompim berderet makwe nak ngorat aku nanti.

Ok.Gaji bulan lepas,aku plan nak tukar benda dibawah ni.Dah sampai waktu perbatuan pada meter kereta yang buat aku harus tukar.Bab nak kasi sedap kereta ni,kena bijak sikit budget.Pasal ini main duit yang real,bukan duit monopoly.


Kene tegas disiplin diri dari berbagai dugaan yang pelik-pelik dan juga kena pandai berjimat.Itu yang paling penting.

gambar rembat dari google

Tapi selasa lepas,benda bawah ini pulak yang jahanam.
Perhhhh.dia punya rasa oren tu mmg sampai terus kat dalam jiwa.

gambar rembat dari mudah

Ini baru menabung nak kasi sedap kereta ni.Belum kira lagi dugaan menabung pasal nak salam tangan tok kadi lagi.

Bangang!! Habis lingkup plan aku susun.